Wednesday 8 February 2012

episod 75 : TEORI CINTA SI PEMANCING.

ini bukan teori konspirasi mahupun teori bigbang. ini teori cinta, yaa, cinta. siapa yang geli geli mahu baca, sila tekan butang pangkah di atas sana. dan selamat jalan aku ucapkan.

cinta itu suci. sesuci lebarannn~ ohh bukan itu. itu lagu raya. kita ketepikan dahulu. jadi cinta ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa komponen yang penting. untuk memudahkan kamu semua faham, aku terjemahkan kepada bahasa si pemancing.

pemancing itu sama lah dengan seorang lelaki. seorang pemancing perlu mencari ikan, manakala seorang lelaki harus mencari seorang perempuan. batang pancing itu melambangkan keteguhan diri lelaki. semakin kuat batang pancing itu, semakin kuatlah tahap kesabaran lelaki itu ketika mencari perempuan. dan umpan pula, ibarat kata kata manis seorang lelaki kepada perempuan. umpan yang baik adalah untuk baka ikan yang bagus. ayat yang manis, insya-Allah akan dapat perempuan yang cantik manis juga.


sama seperti memancing, semuanya bergantung pada nasib. bukan sejam dua sudah dapat ikan. begitu juga dalam hal mengurat perempuan. kadang kadang, kamu harus tunggu berbulan bulan.


jadi setelah kesabaran kamu diuji, akhirnya kamu dapat juga hasilnya iaitu ikan, ataupun perempuan. pastinya kamu akan melonjak gembira waktu itu. lagipula bila dapat ikan yang besar. tapi adakah kamu akan melonjak gembira jika dapat perempuan yang berbadan besar? hm.


ikan itu dicipta untuk dimakan mahupun dipelihara. bukan untuk dipijak mahupun disepak. begitu juga perempuan. perempuan dicipta untuk menjadi bidadari dalam hidup seorang lelaki. maka wajiblah bagi kamu untuk mengahwini perempuan yang telah kamu 'tangkap' tadi dan menjaganya sebaik mungkin.


tapi lumrah dunia, tak semua manusia tahu erti bersyukur. ada antara kamu yang sudah berjaya menangkap ikan, tetapi dilepaskan pula ke laut. mungkin kamu tidak puas hati dengan ikan yang kamu tangkap. mungkin.


tapi ketahuilah kamu, setiap kali kamu melepaskan kembali ikan itu ke laut, kamu telah menambah derita dalam diri ikan tersebut. luka mata kail itu, samalah dengan luka yang kamu tinggalkan pada perempuan yang  telah kamu kecewakan. bezanya cuma, luka pada ikan berdarah. tapi luka di hati perempuan itu tak mungkin kelihatan.


dan perbuatan kamu itu tadi akan meninggalkan trauma dalam hidup ikan tersebut. semahal apapun umpan yang kamu guna, tiada berkesan lagi.


jadi tak usah lah kamu hairan jika kamu masih tidak mendapat ikan mahupun perempuan setelah bertahun menunggu. 


sekian itu sahaja teori cinta dari seorang doktor yang tak bertauliah. selamat memancing !




26 comments:

  1. haha.. like entry ni.. bagus sgt. baru terpikr jugak, ye cinta ni ibarat memancing. haha.. nice entry

    ReplyDelete
  2. AhDoktor...Hati saya dipenuhi darah..Bagaimanakah untuk saya membuangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap maklong. sini bukan klinik.

      Delete
    2. AhBegitukah ... Dimanakah klinik yang dijadikan bersama hospital?

      Delete
  3. batang pancing tu nama dia joran. alahai --,--''

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, saya tahu. tapi nama joran tu macam tak sedap sangat haih.

      Delete
  4. Replies
    1. gerek tu apa? *serius tak pernah tahu maksud nya T-T

      Delete
  5. :) aku juga sbagai si ikan tu. yg mungkin xkan tergoda mana2 umpan lagi.. :)

    ReplyDelete
  6. hahaha =) comey je..
    bagos2.. tetiba nk share.. leh?

    ReplyDelete
  7. tapi al-maklum lah..hati ikan nih kadang-kadang lembut sngt.. bnyk je yg termkn balik umpan si pentipu tu.hihi

    ReplyDelete
  8. wah..best jugak blog ni..walaupun ayat2 sedikit skema..jgn marah..tapi ada msj2 dan gaya penulisan sendiri..funny jugak kartun2 tu..dah baca 4,5 entri2 lain..thumbs up utk blog ni..ada minat nak luaskan lagi bakat tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah. saje tulis ayat skema biar semua orang paham -,-


      oh mestilah ada minat !

      Delete
    2. ok.sy nak propose awk untuk join blog kami..blog masih baru lagi..dlm proses renovate..blog kami mengeluarkan artikel tentang motivasi remaja dan perhubungan sosial..kami ada visi dan misi tersendiri..nak capai 6000 visitor dlm masa dua bulan lagi..pasal bayaran kita akan bincang..berminat tak..??

      Delete
    3. okeh..dah fikir nanti bagitau yep..bleh tinggalkan komen kat blog sy..tq

      Delete
  9. benci la..awat lukis comey sangat?sob3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...