Wednesday 30 November 2011

episod 48 : CONTEST BLOG SIMPLE BY BUBU


assalamualaikum ya sohibi. sihat? rindu aku tak? dah makan? KAHKAH. mukaddimah yang macam haram. okay lah aku malas nak taip panjang panjang macam esei SPM. lagipon SPM dah habes. hooorey ! boleh pegi hangout dengan kawan pastu cari keje part time pastu beli phone baru pastu dah boleh kapel macam yang cikgu suruh (okay aku tipu, aku bukan budak spm). 

aku nak bagitau yang aku dengan sukacitanya dah join contest untuk kali yang keberapa ntah. walaupun kegagalan selalu menghantui blog aku, aku redah kan je lah. hahhahahhahah. 

slogan untuk contest ni :

" SAYA SUKA BLOG YANG SIMPLE KERANA MUDAH UNTUK DIBACA DAN DI LOADING SERTA DAPAT MENJIMATKAN PENGGUNAAN BROADBAND SAYA YANG SENTIASE LEMBAP."

ayat slogan aku macam ayat kartun kan? KAHKAH. pedulik hape. aku punye slogan aku punye sukelah. ohh ye, kali ni aku kene tag 2 orang rakan blogger. nasib korang lah ye :






Tuesday 22 November 2011

episod 44 : BILA DAH MENANG, SEMUA NAK MENGAUM.

aku adalah peminat tegar sukan bola sepak walaupun aku seorang yang kaki bangku dan tak pernah lagi menyepak mana mana bola mahupun menyepak orang.


hidup ini bagai roda. ada jatuh ada naik. begitu jugalah nasib si pemain bola. ada gol, disanjung, tak ada gol, dimaki.



jersi Malaysia tak laku di pasar mahupun di shopping complex. "perasaan malu membuak buak tatkala menyarungkan jersi kuning itu", kata salah seorang rakyat Malaysia yang bermulut longkang.


tapi aku tidak seperti mereka. aku masih lagi menyarung jersi kuning yang dianggap mempunyai badi itu. malah aku dengan sepantas kilat membeli jersi terbaru keluaran pasar lambak yang berbaloi baloi harganya.


tahun demi tahun, nama Malaysia mula melonjak naik. aku mendada bangga setiap kali menyelak bahagian sukan pada surat khabar yang memuji skuad Malaysia setinggi langit.


tapi masih lagi kedengaran suara suara sumbang yang mencaci skuad kegemaran ku itu. mahu saja aku membuat tendangan penalti tepat ke kepala mereka. 



tapi apalah sangat cacian dan kutukan dari mereka yang belom tentu pandai menyepak bola itu. skuad Malaysia berjaya juga mengharumkan nama Malaysia sewangi one drop perfume.


dan waktu itu suara suara sumbing telah pun bertukar menjadi suara harimau mengaum secara tiba tiba.


aku pulak yang terasa macam pffft ! tak payah nak mengaum sangat lah ! =..=



pssssssssst : kebanyakan rakyat Malaysia hanya akan berada di sisi skuad Malaysia apabila skuad Malaysia  menang. itulah realitinya.


Wednesday 16 November 2011

episod 43 : KENAPA JADI PELAKON ITU SERONOK?

1. SEBAB DAPAT JADI POLIS WALAUPUN DADA TAK BIDANG DAN TINGGI TAK CUKUP. 


 bukan setakat dapat jadi polis tanpa pakai kabel dalam mahupun kereta kabel, selain itu kita juga boleh jadi dokter dalam sekelip mata. tak perlu nak susah susah belajar sampai 7-8 tahun. ahah. esok lusa boleh berlakon jadi bomba pulak.

2. SEBAB DAPAT MERASA JADI ORANG KAYA. WALAUPUN SEKEJAP.



 boleh berlakon jadi dato' mahupun datin yang kerjanya tak lain tak bukan nak pertahankan harta dengan membunuh orang sesuka hati. lepas tu gelak kuat kuat stail orang kaya. selain tu, boleh juga merasa naik mercedes dan duduk kat rumah banglo yang disewa oleh pihak penerbit dan buat macam rumah sendiri.

3. SEBAB BOLEH BUAT JAHAT TANPA DITANGKAP PIHAK POLIS.

 boleh pegang satu KL ! ahah ! pastu boleh merempit satu kl dan tak kena cekup langsung dengan polis. dan kalau bernasib baik boleh juga berlakon adegan panas lagi hangat sehangat microwave bersama pelakon ala ala bohsia yang jelita lagi seksi dan seksa. pffffffffffffft~

4. SEBAB BOLEH JADI MUDA SELAMANYA.

 umor anda 30? 40? tak usah risau. anda masih boleh jadi budak sekolah menengah mahupun tabika. ahah ! walaupun muka anda dah serupa bapak anak dua ! =..=

5. YANG PALING BEST, BOLEH MERASA KAWEN EMPAT !


inilah yang di idam idamkan oleh setiap lelaki yang alim alim kucing kurap. ahah. dasar jantan miang ! pui !





Friday 11 November 2011

episod 42 : BB BEBY BABIK.










aku pon tak tau lah jadah ape yang aku merepek dalam entri kali ni. mungkin disebabkan aku memang dah tak bole tahan dengan tahap kelembapan broadband aku yang semakin menjadi jadi. ahah. korang agak agak aku pakai broadband ape? sape dapat jawab aku bagi choki choki seketul. KAHKAH. dah besar besar pon makan choki choki lagi. ape daa. dah la. bai bai =..=

Wednesday 9 November 2011

episod 41 : SAYA DAH LEPAS SPM. ANDA BELOM LAGI.

minggu depan SPM bakal bermula. aku sikit pon tak gentar. sebab bukan aku yang SPM. huahuahua. tapi apapun, SPM adalah exam yang paling susah bagi aku setakat ni. betol ni. sumpah tak tipu. 

dulu masa SPM, sekolah memang sunyi tahap gaban. sebab budak budak tingkatan lain semua tengah sedap bercuti sambil menonton tb kat rumah. first day SPM tangan memang menggeletar habis. sejuk nya tak payah cakaplah. berpeluh peluh lagi. bapak lah berdebar. tapi hari kedua dan seterusnya simptom macam tu dah tak ada dah. 

sebelom masok dewan, supermak aku suruh aku baca selawat dgn doa. doa tu selalunya aku reka sendiri. KAHKAH. apa doanya? biar aku saja yang tau.



sepanjang waktu SPM tu, supermak aku takkan masak masakan yang pedas atau apa saja yang boleh buat perut aku bergendang waktu nak jawab exam. tapi kadang kadang ada juga masanya perut aku buat hal walaupun aku dah jaga dia dengan baik. bedebah punya perut =..= sebagai balasan kepada si perut yang tak nak bagi kerjasama kat aku tu, aku teruskan je jawab exam.


lagi satu tabiat aku, aku tak suka keluar awal walaupun kertas jawapan aku dah penuh diisi dengan jawapan yang belom tentu betul ke tak. kalau exam 3 jam, 3 jam lah aku duduk terperuk kat dalam dewan tu. naik kebas montot ni ha. hahaha. ada masa nya semua orang terer gila. semua dah keluar awal. tinggal 4-5 ekor je kat dalam tu. tapi apapun aku rasa bersyukur gila sebab kadang kadang waktu exam dah nak habis tu lah baru Allah nampak kan kesalahan jawapan aku.




aku paling pantang nampak ada bahagian jawapan yang tak terjawab. selalunya kalau dah tak tau sangat, aku tibai je apa apa jawapan. asalkan jawapan tu nampak penuh. dan kalau bernasib baik, jawapan yang aku tibai tu boleh jadi betul. pernah sekali waktu aku jawab PMR kertas bahasa arab komunikasi, aku tak tau fail dalam bahasa arab dipanggil ape. last last aku tulis je al-failun. asalkan ada bunyi macam arab siket kan. AHAH. dan yang ajaib nya, aku dapat A.


ini salah satu tabiat pelik aku bila exam dah nak berakhir. aku akan baca doa dan jampi serapah pastu tiup tiup kat kertas jawapan aku. aku percaya kalau buat macam tu, pemeriksa tu akan bagi markah baik punya kat aku. AHAH =..=


dan akhirnya SPM pun pergi meninggalkan aku. result aku tak sehebat mana pun. maksud aku, tak de lah dapat straight A. tapi alhamdulillah, aku dapat juga melanjutkan pelajaran ke menara gading atau dalam bahasa mudahnya, universiti.

GOODLUCK UNTUK BUDAK BUDAK SPM. SILA TUTOP TB, TUTOP LAPTOP, DAN TERUS PERGI BACA BUKU. KBYE :P. 

Monday 7 November 2011

episod 40 : AWW. INDAH NYA BOARDING SCHOOL.

lepas dapat result yang tersangat lah cemerlang gemilang dan terbilang waktu PMR, aku telah tercampak masok ke sebuah boarding school yang terpaksa aku rahsiakan namanya. tak ada air mata yang tumpah pown waktu parents aku berlalu pergi. mungkin sebab waktu tu aku tak mengerti lagi penderitaan yang bakal aku lalui kat sekolah tu. 


start dari hari pertama lagi kami sudah mendapat ceramah free dari senior. kami diwajibkan hormat tahap gaban kepada senior. setiap kali jumpa, mesti bagi salam. tapi diorang tak jawab pon salam tu selalunya. macam haram ! =..=



maggi, mee sedap dan yang seangkatan dengannya adalah diharamkan sama sekali di sini. kami tak tahu atas sebab apa. setahu kami maggi mempunyai tanda halal. pernah sekali warden serang kami waktu kami buat parti maggi. punyalah panjang warden tu bagi ceramah. almaklumlah, dia ustazah. dan masa tu boleh pulak salah seorang dari kami pegi slurp slurp lagi maggi tu. disebabkan dia telah menambahkan kemarahan cik warden, maka makin panjang lah ceramah yang kami dapat dengar malam tu. 



setiap petang pula kami semua wajib beriadah. disebabkan aku memang membenci sukan sejak kecil lagi, maka muka aku ni memang sangat susah nak dilihat beriadah di padang mahupun di gym. tapi bukan semudah itu nak lepaskan diri. bagi mengelakkan dicekup dan diceramah oleh warden yang disayangi, aku terpaksa menyorok dibawah meja study. 


pernah sekali kami stay up sampai pukul 2 pagi. waktu dalam perjalanan nak hantar salah seorang member kami ni pulang ke bilik dia, kami ternampak sesuatu yang kami tak sanggup nak ceritakan keadaannya. dengan lutut yang menggeletar, kami terus berlari ke bilik masing masing dan menidurkan diri dengan sepantas mungkin. sejak hari itu, bacaan yaasin menjadi acara wajib sebelum kami tidur.


ada waktunya, kami semua tak dibenarkan pulang ke rumah. bukan setakat berminggu, tapi berbulan bulan. setiap kali terpandang pagar depan sekolah, aku terbayang besi jeriji penjara. serius, boarding school dan penjara memang sama.


pernah juga sekolah itu ditimpa bencana seperti jangkitan mata dan keracunan makanan. sesiapa yang menderita akibat keracunan makanan diarahkan untuk memberi sedikit najis kepada nurse untuk dijadikan sampel. yek :P tapi apapun, mereka yang terkena sakit mata dan keracunan makanan sangatlah beruntung kerana mereka diberi cuti sakit dan dibenarkan pulang ke rumah. aku? aku agak bernasib malang kerana waktu kedua dua bencana itu terjadi, aku berkursus diluar sekolah. ciss =..=

setahun selepas itu, muka aku tidak lagi kelihatan di boarding school tersebut. aku telah pun berpindah ke sekolah harian yang berdekatan dengan rumah aku. sejak itu, aku pun hidup gembira dan ceria seperti zaman kanak kanak riang di sisi keluarga tersayang.


-TAMAT-





Friday 4 November 2011

episod 39 : CONTEST BLOG AWESOME AND ELEGANT.


sebenarnye aku dah takde mood nak join contest.
sebab setakat ni aku belom menang mana mana contest pown.
KAHKAH
tapi setelah di invite oleh penganjur contest
and kemudian harinya aku ditag pulak oleh missvanilla dalam contest yang sama,
aku terasa macam terpanggil panggil pulak nak join contest ni.
syaratnya pown tak susah.
sekali bace pown aku dah bole agak yang aku dah lulus syaratnya.
HAHAH.
overconfident dah ni. kbye =..=
hadiah contest ni dirahsiakan.
aku harap hadiahnya handphone.
sebab aku perlukan phone baru sekarang ni.
KAHKAH.
aku tau itu mustahil =..=
korang pon join la contest ni okay
boleh la kite bertanding secare sihat walafiat
and kalau korang dapat kalahkan aku,
sila jangan bagitau aku
sebab nanti aku akan frust macam baru lepas kena tinggal dengan boipreng.
HAH
okay dah cukop la aku mengarot untuk hari ni
kbye


orang orang yang bertuah tahap gaban sebab kena tag dengan aku :


**aku tag secara random je. kalau tak suka kena tag, aku mohon maap lah ye. tamau mara mara. lebiu. babai :P




Thursday 3 November 2011

episod 38 : BUAT JAHAT JANGAN SEKALI. BUAT LAH BANYAK KALI.

ini aku. aku suka borak dalam kelas. lagi lagi bila ustazah yang juga merupakan guru kelas aku takde atas sebab sebab tertentu. masa tulah aku akan ketawa mengilai. pontianak pown tak mengilai macam aku.


tapi biasalah. macam orang tua selalu cakap, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis. nama aku dan geng ketawa mengilai akhirnya terpampang kat papan hitam.



dan dalam sekelip mata kegembiraan kami diragut begitu sahaja. denda yang dasat dijatuhkan keatas kami.


penyepit baju yang sepatutnya bertugas menolong ibu menghalang kain sidaian daripada diterbangkan oleh sang angin telah digunakan untuk menyepit telinga kami yang masih suci murni ini.


kami juga dipaksa berjalan seperti itik. sedangkan kami tak pernah pun nampak itik meniru cara kami berjalan. mujurlah disekolah tiada seekor itik pown yang wujud untuk menyaksikan kejatuhan maruah kami.


kami juga pernah ditahan di sekolah dan disuruh balik lewat. sedangkan supermak kami selalu pesan suruh balek awal. maka kami telah pun menjadi anak durhaka kerana tak patuh cakap emak. ahah.


setelah diseksa berhari hari, maka aku telah membuat keputusan drastik untuk bertaubat. tiada lagi gelak tawa yang mengilai. yang ada hanyalah muka buruk aku yang duduk terdiam disudut kelas.

tapi hari tak selalu cerah. nama aku masih terpampang juga dipapan hitam. aku keliru dan bingung. apa salah aku? adakah muka buruk aku terlalu menjengkelkan sehingga nama ku terus dicatit walaupun aku hanya berdiam diri hari ini? persoalan yang bertubi tubi ini telah memaksa aku untuk bersemuka dengan ketua kelas aku.



danggggggggggg ! aku jatuh tersungkur selepas mendengar jawapan tak munasabah dari ketua kelas aku itu. mahu saja aku ketuk kepalanya. namun ianya mustahil. sebab dia jauh lagi tinggi dari aku.

disebabkan terlalu kecewa kerana perubahan diri ku tak dihargai, aku kembali mengilai ngilai dalam kelas sepanjang tahun itu.

-TAMAT-




pssssssssssssst : cerita ini berdasarkan kisah benar. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...