Monday 31 October 2011

episod 36 : LAGI, DAN LAGI.

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO.
mood aku hari ni agak tak baik.
sama mendung macam cuaca hari ni.
ohh ya,
jgn risau,
aku takkan buat ramalan kaji cuaca pown dalam entri ni.
HAHHAHHAH *gelak tak iklas*
ehem.
nampaknya aku kena tag lagi.
thanks to cik CACHA sbb tag saya.

11 perkara tentang aku, bole pegi lihat kat sini
punyalah malas kan nak taip balek
almaklumlah mood tengah tak baek
AHHAHAHHA *gelak tak ikhlas lagi*
lagipon sape lahh yg nak amek tau sgt pasal aku ni.
ehem.



ni soalan dari cik CHACHA kite :

1. RAMBUT KAMU WARNA APA?
   : alhamdulillah, setakat ni belom jadi kale putih lagi.

2. NAMA CIKGU TADIKA KAMU APA?
   : cikgu arbaieyah nama nya. itupon kalau tak silap aku la kan. ahah.

3. TABIAT BURUK APA?
   : suka gelak mengilai ngilai dalam telefon. sekian.

4. SUKA MAKAN BUAH APA?
   : buah tembikai. sbb besar dan bole makan byk kali. hahhahah.

5. APA PERASAAN KAMU BILA JALAN2, TERNAMPAK COUPLE CIUM DEPAN KAMU?
    : hamagodddd ! ISLAM ke tu?

6. KALAU TENSION, KAMU BUAT APA?
    : online plus dengar lagu kuat2 *mcm sekarang ni*

7. APA PERASAAN KALAU BOYFREN KAMU SKANDEL DGN KAWAN BAIK SENDIRI?
   : mula2 marah. carut diorang berdua. then last2 redha je. WHAT GOES AROUND COMES AROUND.

8. PENCIL BOX KAMU WARNA APA?
   : warna coklat. alaa, yg pencil box domo tu haaa. kiut kan? KAHKAH

9. NAMA FB KAMU APA? KENAPA?
   : kiki kifli. sbb kiki tu nama saya. kifli tu nama ayah saya. meh la ramai2 add. AHAH ! :P

10. RINGTONE HANDPHONE KAMU LAGU APA?
   : its all about you -mcfly (:

11. APA PANDANGAN KAMU TERHADAP LELAKI BOTAK LICIN?
   : boleh kah dia shoot gol mcm abg hai-o ? HAHHA XD


psssssssssssst : ni last soalan tag yg aku akan jawab. lepas ni tamau dah kena tag game ni lagi. harap maklum ya kawan2. tenkiu. lebiu olls <3


Sunday 30 October 2011

episod 35 : CONTEST BLOG SIMPLE + KEMAS

setelah ditag oleh cik aien,
maka aku turut mau menyibuk dalam contest ni.
HAHHAHAHHAHHAH *gelak tutup mulot*
kenape aku join?
sebab..
err..
nak menang topup.
tamau edit blog pon.
hahah,
boleh ka?
cik dida and cik aina?
boleh la yee?
hahhahha.
suke hati aku je :P
KAHKAH

aku dengan senang hati nak tag :


pssssssssst : korang pon join la kalau mau. kasi meriah siket. kbye :P


Saturday 29 October 2011

episod 34 : ANDA TANYA, KIKI JAWAB.

semalam aku sibuk melayan shoutmix.
naseb baek tak ade suare.
kalau tak mesti aku dah pekak and saket tekak.
yelah,
asek kena shout je.
HHAHAHH
dan semalam aku baru perasan aku kena tag.
tahniah kepada cik adek ROSALIA yang kiut miut ni.
sebab anda orang pertama yang tag saya.
wuwu~
kesian kan?
almaklumlah aku kan bukan blogger retis =..=
ehem
dah cukuplah sandiwara ni.
mari kita mulakan sesi soal jawab ni.

11 PERKARA TENTANG CIK KIKI

1. suka makan yong tau foo (bukan yang kuah sup tu)
2 .tak takot tengok cite thriller, tapi takot tengok cite hantu.
3. suke kale maroon.
4. tak suka haiwan yang tak berbulu.
5. suka chocolate blackforest
6. gila karaokae walaupon suare tak sedap ><
7. adek beradek semua perempuan
8. suke pakai kasut flat sahaje
9. BMI tak seimbang
10. cepat taching (saje nak gedik)
11. tak pandai masak (kurang saham da...KAHKAH )

SOALAN DARI ADEK ROSALIA :



1. Pandangan anda mula-mula masuk blog ni?
: sangat comel. pink yang tak saket mate (:


2. Anda rasa saya ni peramah ke tak?

: peramah je ;D


3. Blog ni berserabut ke dengan benda tak penting?
: tak pon. blog anda sgt kemas.


4. Berat tak nak tunggu blog ni buka?

: tak. sekelip mata je dah bole bukak *jawapan tak menahan =..=


5. Entry yang saya buat ok ke merapu je?

: okay je. suke bace^^


6. Apa yang perlu ditambah dalam blog ni?

: tak payah tambah dah. nanti semak pulak =..=


7. Apa satu kelemahan blog ni yang anda tak suka?

: err. tak ade rasenye.


8. Kalau diberi pilihan anda nak tak kenal dengan saya?

: nak. anda sgt comel^^


9. Blog ni ada potensi tak untuk orang kenal?
: mestilah. bole jadi blogger retis ;D


10. Patut tak saya berhenti je buat blog?

: tidak sama sekali.


11. Penat tak jawab soalan saya ni?

: tak pon. tapi kalau ade ABCD lagi senang nak jawab kot. haha XD

pssssssssst : sepatotnya aku kena tag lagi 11 orang untuk jawab soalan aku pulak. tapi memandangkan member blogger yang aku kamcing tak mencukupi 11 orang, maka aku batalkan saje niat nak teruskan tagging game ni. tapi kalau ade sape2 berminat nak kena tag game soalan bernas aku, bole la isi borang. hahhahah. kalau cukup 11, baru aku akan buat. sekian^^

Friday 28 October 2011

episod 33 : HIDUP INI PENUH DRAMA

ASSALAMUALAIKUM and HELLO. yaa, aku baru sedar aku tak bagi salam dalam entri aku sebelum ni.
 HAHAHHA. 

hari ni aku nak ulas pasal drama. macam macam drama ada dekat tb. sampai kadang aku tak tahu nak tengok yang mana. 

maka, aku pilih drama yang hero nya hensem lagi sasa. 
KAHKAH. 

dah cukuplah mukaddimah aku. mari straight to the point.

1. DRAMA BIBIKKKK

HERO :  selalu berbibir jambu (sebab pakai gincu. aku tau tu)
HEROIN :  selalu berwajah suci lagi murni (contoh nye nikitakkkk. hahaha)

JALAN CERITA : selalu nya hampir lebih kurang sama. yang miskin tiba tiba jadi kaya. yang muka suci lagi murni tu selalu kena tindas. dan ada yang paling pelik sekali, hero nya tiba tiba mati dan digantikan dengan hero lain. anehhhh. senang betul heroin tu lupa kat hero. heh =..= 

PALING BEST : masa tengok drama bibik ni, muka pelakon tu selalu kena zoom sampai penuh satu tb dgn muka dia. selalunya dia zoom waktu yang ala ala kaget. tergelak aku tengok XD

MACAM HARAM : episod nya yang terlalu panjanggggggggggggggggggggggggggggggggg. serius, setahun pun belom tentu habes.

**drama paling mengarut dalam dunia.


2. DRAMA KOREAKKKKK

HERO : juga berbibir jambu dan memakai gincu. rambutnya agak stylo. tapi kadang2 mcam pondan pun ada. 

HEROIN : matanya selalu dibesarkan. mulutnya muncung mengalahkan penyu bila merajuk dengan hero.
 
JALAN CERITA : heroin selalu jatuh saket and mati muda. Hhahahaa. Sadis betol. Kesian hero nya, muda muda dah jadi duda. Meh, come to mama :P

PALING BEST : heronya hensem hensem. Aku sukaaaaa. HHAHHAHHAHHAHHAHHAHHA.

MACAM HARAM : orang korea agak gatal kan? kecik2 lagi dah bercintan cintun. pui :P

**haa. kan aku da cakap. kecik2 lagi dah gatai =..=


3. DRAMA JEPUNGGGGGG

HERO : sama seperti drama korea. Tapi jambunya kurang sedikit. Haha.

HEROIN : pipinya gebu gebu. Begitu juga badannya.

JALAN CERITA : cerita jepun ni aku agak susah nak describe. Sebab jalan ceritanya selalu lain lain. Bagi aku drama jepung lebih bermakna dari drama korea. Episodnya siket, dalam 12 episod saje. Inilah drama yang paling tepat dan padat.

PALING BEST : aku suka skrip dia. Boleh pakai dalam hidop seharian.

MACAM HARAM : ada sesetengah drama jepunggg yang tak sesuai untuk tontonan kanak kanak sebab ade babak babak yang tetttttttttttttt.  AHAH.

**heronya agak tak hensem. tapi cite ni best


4. DRAMA MELAYU.

HERO : susah nak jumpa hero muda ala ala umor ai ni =..= aaron aziz memang hensem. Tapi…tapi..haih. ahah.

HEROIN : muka yang kadang2 penuh dgn  mekap tebal. Baru bangon tido pon pakai mekap duhh :P

JALAN CERITA : selalu nya berunsurkan kisah tokoh keparat, berebut harta dan sebagainya yang berkaitan dengan orang kaye. Cerita orang miskin ataupon durhaka selalunye masok kat cerekarama.

PALING BEST  : suka tengok drama yang sweet2 pasal orang dah kawen. Contohnya adamaya.

MACAM HARAM : suka sangat pakai I YOU I YOU. tak reti martabatkan bahasa betol =..= and kadang kadang aksi hero heroin agak keterlaluan. Ingat lah, awak tu bukan suami isteri macam dalam drama tu.

**yeah. aku sedang gila melayan drama ini XD


5. DRAMA OMPUTEH

HERO : kadang2 tua bangka.

HEROIN : seksi seksa semua ada.

JALAN CERITA : macam macam ada. Lain dari lain. Sebab tu masuk international kut =..=

PALING BEST : siri penyiasatan yang sumpah best gila. Aku suka criminal minds. Terbaek.


MACAM HARAM : banyak mencarut dan adegan tetttttt. Sebab tu selalu tayang time malam2. Haha.


**ni best. pasal bunoh2.



okay dah. sekian sahaje berita hiburan hari ini. k bye :P


Tuesday 25 October 2011

episod 32 : LEPAS KAHWIN SEMUA BENDA DAH TAK SAMA

1. NAMA PANGGILAN SEMAKIN PENDEK.

 revolusi nama boleh dilihat dengan sangat jelas sekali. bermula dari SAYANG, AYANG, dan akhirnye YANG sahaje.

2. TIADA LAGI BUNGA, COKELAT MAHUPUN TEDDYBEAR.




cisss. ini lah lelaki. masa belom dapat, kemain lagi bagi tedy bear sebesar abah, bunge ros satu ladang, lepas kawen habuk pon tarak =..=

3. TANGAN YANG DULU NYA DIRABA MACAM NAK GILA, KINI DITEPIS.

 ni salah satu perangai orang melayu yang aku tak paham. before kawen kemain lagi pelok pelok kat mekdi. konon sweet le tu. pui ! ( aku tak tujukan kat sapa sapa pon) haha. lepas kawen bini tertinggal kat belakang pon boleh tak pasan =..=

4. PERUT LANGSING ITU KINI SEMAKIN HILANG.

 ye, dia dulu ratu kebaya. kini tidak lagi. tapi tak apalah. kan best dapat baby. bole nyanyi lagu babyyyy babyyy~ (demn. aku dah berapa hari kena rasuk dgn si bieber tu)

haa. yang ni pon selalu terjadi. buncit mengalahkan bini nye yang sedang pregnant. tapi supermak aku cakap, bagosla kalau laki buncit gendut lepas kawen dengan kita. maknanya, kita masak sedap le tu :P



pssst : aku harap bakal laki aku baca post ni. kbye :P

Monday 24 October 2011

episod 31 : AKU KENA TIPU HIDUP HIDUP.

mestilah kena tipu hidup2 kan? 
takkan kena tipu mati mati pulak =..=
hah
abaikan lah tatabahasa aku
aku dah lepas SPM dah pun :P
HAHA
kisah ni dah lama dah.
ade dalam setahun dah aku rase =..=
hari tu aku balek kampung
together gether with atiq nuri,
bestfren saya yang comel tapi dah berpunya,
KAHKAH
kitorang singgah kl sentral
sebab nak solat asar kalau tak silap aku =..=
lepas solat,
aku and atiq ambik peluang untuk penuhkan tangki perut dekat kfc,
kitorang pon beratur lah,
depan kitorang tu ade seorang budak india,
dia pakai sweater,
rambutnya paras bahu dan agak tak terurus
haa,
sape kate ingatan aku tak kuat?
HAHA XD
tetibe ntah macam mane,
budak india tu toleh belakang dan mulakan sesi ramah mesra dgn kitorang,
aku diam je,
atiq yang beriya layan dia,
lagipon mak aku pesan,
jgn cakap banyak dengan strangers :P
tapi disebabkan sifat semulajadi aku yang suka curik dengar perbualan orang,
maka aku secara tak sengaja terdengar perbualan budak berdua ni,
budak india tu kata,
dia datang dari ipoh,
dia datang KL sebab nak jumpa nenek dia,
nak mintak duit,
mak dia saket,
tapi nenek dia cuma bagi 5 ringgit je suroh balek,
siap bukak dompet dia lagi,
atiq dah buat muka simpati,
aku buat muka sangsi,
haha,
and lastly,
seperti yang aku sangkakan,
budak india tu nak mintak kitorang belanje dia,
atiq terus stuju,
aku diam je,
tanak campur,
budak tu mintak atiq belanja dia air,
harga set yang budak tu makan RM6,
so maknanya atiq cuma kena tambah lagi seringgit,
tapi ntah mcm mana,
masa nak bayar tu,
atiq tak ada duit pecah pulekkkk
demn !
seringgit aku pulak yg kena dikorbankan
seringgit tu bermakna tau bagi aku
and ye,
aku mmg kedekut !
hahhahah
tapi tak apalah,
muka redha je,
sepanjang perjalanan balek dalam ktm tu,
aku maseh terfikir pasal budak india tu lagi,
macam tak logik pulak,
kalau betul la dia tu tenga susah,
dia takkan berani nak masok kfc,
cissss.
instinct aku cakap,
aku dengan atiq mcm dah kena tipu.
berbulan lepas tu,
aku terjumpa balek dgn budak india tu.
masa tu aku tengah tunggu train kat ktm seremban.
budak tu pakai baju yang sama mcm hari tu
pelik kenapa dia ade kat seremban
nenek dia belah mana pulak yang tinggal kat seremban?
haha
dan hari tu,
aku makin yakin dia tu kaki tipu,
sebab apa?
sebab waktu aku jumpa dengan dia,
dia tengah sedap jilat icecream mcd !
CILAKAK betol.



psssst : lebih baik seringgit tu aku sedekah kat orang buta yang jual tisu tepi jalan. at least, dia ada effort  =..=










Saturday 22 October 2011

episod 30 : TUTORIAL MACAM MANA NAK MENGORAT PEMPUAN ?

ye. kali ni aku nak buat tutorial. tutorial? wakakak ! bukan ah ! ni aku nak ajar cara2 nak mengorat.
AMARAN : ini untuk lelaki single dan duda sahaja. yg lain bole blah. HAHA.

1. JADI HERO DIA.

hey jgn pakai boxer kat luar ! hahahhaha XD maksud sebenar aku, sentiase ade di sisi pempuan tu waktu susah dan senang.

2. BERTENDANG. EH BUKAN. BERTENANG.


relaks. ni baru nak ngorat dah gelabah. time bini kau beranak nanti macam mana lah? HAHAH XD

3. JANGAN TIPU.


jangan menipu pasal kisah silam anda semata mata nak tarik perhatian dia.

4. TAK PAYAH NAK "BERKAWAN SANGAT".


kadang2 pempuan tu dah suke kat anda. tapi akhirnye hancur sebab anda selalu cakap yg dia tu cuma kawan, tak lebih dari tu.

5. CUBA JADI KELAKAR.


macho itu membosankan. sekian.

6. BERDIKARI.


jangan tunjuk yang anda ni anak manje papa mama. pempuan suke lelaki yang pandai cari duet. bukan lelaki yg pandai habeskan duet.

7. JANGAN MENGORAT PEMPUAN LAIN PADA WAKTU YANG SAMA.


jangan layan pempuan yang lain sama mcm anda layan pempuan yg anda suka. 

8. BUAT BENDA YANG BOLEH BUAT DIA INGAT PADA ANDA.

buat something yang boleh buat dia ingat pada anda. contohnye mcam nyanyi untuk dia, lukis, or anything else. walaupun akhirnya dia kapel dgn orang lain, dia still akan teringat pada anda bila terlihat apa2 yg ade kaitan dgn awak. caye lahhh cakap wa :P

9. TENUNG DIA. TAPI TAK PERLU LAMA LAMA.


pempuan sangat senang nak detect bila ada guys yg pandang dia. tapi tak payah la pandang lama2. kang kene sepak kang.

10. JIKA MASIH GAGAL SETELAH MENCUBA TEKNIK2 DI ATAS, SILA BLAH DAN NGORAT PEMPUAN LAIN.

tak perlu bunuh diri. bunga bukan sekuntum. chewah :P


pssssssssssst : ni khas untuk member saya yang dah setahun single. kbye :P

Friday 21 October 2011

episod 29 : ADEK AKU TAK SAMA DENGAN ADEK KAU

ape punye tajuk la kan?
HAHA.
pedulik hape.
okaylah hari ni aku nak cerita pasal adek bongsu aku.
ni kire macam attribute untok dia ah,
sbb aku tak bg dia hadiah besday hari tu.
HAHAHHAHAHHAHAHHA
dek,
bukan senang nak masok blog akak.
pui ! :P

ni sedikit sebanyak sifat pelik adek aku. yang aku rase, tak ade kat adek2 kalian semua. kalau ada, sah adek korang fake adek aku. kahkah !

1. BILA MAKAN KARIPAP, DIA TAK MAKAN INTINYA.
pelik kan? aku kalau boleh nak makan intinye je. tanak aku makan kulitnye. dia terbalek pulak =..=



2. SETIAP KALI EXAM, DIA AKAN DEMAM.
yang ni aku tak tau lah dia betol betol demam ke tak. tapi betol la kot. sebab dia batok2 plus selsema sampai tak boleh tido malam.


3. DIA SUKA PERGI SEKOLAH AWAL
aku dulu suke pegi sekolah lambat2. malas nak buat tugas menyapu lap tingakap bagai. tapi adek aku sebaliknye.


4. KAWAN DIA SELALU BAGI DIA HADIAH.
kadang2 dia balek dari sekolah, dia bawak balek barang best2. aneh dan pelik. sebab barang tu kiut miut. takkan kawan dia baek sgt nak bagi ye dak?



banyak lagi sebenarnye. tapi aku mcm tak ingat pulak =..= tapi apepon, aku syg adek aku ni tahap gaban tau tak? time aku demam dia jage aku punye lah caring. nurse pon tak caring mcm tu. hahah. nah ciom pelok untok adek :* muahahah ! :P


*ye, mmg tak dinafikan lagi, dia suka duet.
tapi bukan aku yg ajr. k bye :P 




Saturday 15 October 2011

episod 28 : MAKSUD-MAKSUD RELATIONSHIP DI FACEBOOK.

1. IN A RELATIONSHIP.

*saya syg dia. saya harap dapat tukar jadi MARRIED bila dah kahwin dgn dia nanti (':
*saya taknak dia menggedik dgn org lain. sbb tu saya buat mcm ni (padahal si dia hide kan relationship tu. kesian org mcm ni).

2. MARRIED.

*benda dah halal kan? mesti lah saya bangga nak tunjuk kat facebookers sekalian yg saya dah kawen dgn dia^^
*kami belom kawen pon. saje nak merase jadi laki bini kat pesbuk. anniversary pon kami sambot kemain lagi. cam honeymoon. aww :33

3. IN AN OPEN RELATIONSHIP.

*saya byk sgt cintakan orang. maybe saya ada chance nak berpoligami. justeru, saya pilih relationship ni supaye takde sape yg terase hati.

4. ITS COMPLICATED

*saya takde masalah ape yg complicated pon. saje je nak kasi orang tau yg saya belom ade sape2.
*saye tak tau status saya apa. dia belom bg kata putus.

5. DIVORCED.

*saya benar benar dah bercerai. lepas ni boleh la saya daftar kelab janda berhias :P
*kitorang baru clash. tapi saya maseh ada hati nak rujuk lagi. sbb tu la saya tak buat status single.

6. SEPARATED.

*kami dalam proses penceraian. saya tak tau apa naseb anak saya lepas ni.
*lagi seminggu baru saya contact boipreng saya. saya perlukan masa bersendirian (pehh tak menahan).

7. WIDOWED

*dia dah pergi meninggalkan saya forever !!! wuwuuuuu~ ):
*kami baru clash. saya anggap dia dah mati. sekian.

8. ENGAGED.

*perkenalkan, dia lah tunang saya (:
*kami belom tunang pon. tapi rase cam dah tunang. sbb bkepit 24 jam.

9. SINGLE

*saya sedang mencari jodoh. haiii :P
*saya tak single pon. saya sebenarnya.....ahh tak pe lah. dia tak kan marah pun. dia takde pesbuk.



pssssssst : sebenarnye tak perlu buat relationship pun tak ape. yang penting ape yg ada dalam hati orang tu kan? kalau dah syg, tak perlu tunjuk pun, boleh rase sndiri (: kadang2 bila dah jadi IN A RELATIONSHIP, MARRIED, dan sebagainya, belom tentu orang tu bahagia. kadang2 yg SINGLE tu lagi happy dari diorang. tapi jgn la nak amek kesempatan buat buat single pulak. kesian pasangan korang. buat relationship sorang2 =="

Thursday 13 October 2011

episod 27 : MY FIRST CONTEST.

err.
okay la.
tak payah nak gelak =..=
ni first contest yg aku join.
tak menang pon takpe.
kalau menang alhamdulillah.
haha
doakan aku menang eh.
tenkiu :3


ni banner nye




pstttt : blog cik zyla ni comel. blog aku cam haram. hahah =..=

episod 26 : PERANGAI PERANGAI DI PESBUK.

1. ORANG GILA UPDATE STATUS


ye. spesies ni sgt suke mengupdate status nampaknye. mmg news feed aku untuk dipenuhkan dgn muke kau pon. mmg aku suke bace status kau sume tu. then kepoh la bile sume orang tau ape kau buat. lagi nak tudoh orang stalker kau? apekah? gi cermin pesbuk kau dulu la weh =..=



2. SI DIA DAN KESAH CINTANYA



ye. hidup anda mmg sgt menarik untuk dipertontonkan sebagai drama. aww. suweeeet kau jahhh. ilebiu imisyuuu sume kau nak update kat status. kemon laaa ! aku tau korang syg girpreng boipreng korang tu. aku pon ade pujaan hati jugak. korang reti gune IM tak? agak2 kalau aku buat status cenggitu korang muntah hijau tak? ha? ha? pat jawab !

3. SI SALESMAN DAN SALESGIRL.





spesis ni gemar menambah kawan secare rawak. bile dah approve, mcm biase lah, sesi jual menjual pon bermule. tak cukop dgn wall post, mereka juga akan menghantui anda di IM. arggggh ! kalau la pesbuk tu bole letak papan tanda "SALESMAN ARE NOT ALLOWED!!!!!!!!!!!" 


4. SI GILA GLAMOUR.









yeahhhhh. dia lah raja pesbuk atau ratu pesbuk. lihat saje frenlist nye yg beribu. sampai terpakse buat pesbuk kelima mahupon fanpage. ye, gambar nye mmg hot hot belake. lihat saje berape ramai yg like. pui~ kalau dah hot sgt, buat ape nak IM orang suroh like gamba kau? HAHHAHHHAHAHHAHH :DDD


5. SI GILA SEKS.







yang ni paling menakotkan sekali. ape motif diorang lahir kat dunia ni pon aku tak tau la. yg lakinye suke inbox pempuan, mintak yg bukan2. yg perempuan nye aku paling menyampah. kat blakang name mesti nak letak notyyy notyy. contohnye rozi noty. profile picture tak payah cakap la. segale mcm lurah dia nak tunjok. naice ! budak laki mmg suke pempuan camni kan :3 konon kutuk2 orang mcm tu betina sundal la ape la. tup tupp kau ade kat frenlist dia apedehal? siap komen gamba dia suweeeeeeeet lagi. heh =..= 


6. SI FAKER.







yang ni pon dah berlambak sgt. pakai gamba korea, jepun. pandai pulak pilih yg lawa2. pakai la gamba hindustan ke pakistan ke. hahhaha. pastu ngaku tu gamba dia. bile dah kantoi, mule la cuak. terus update status mcm ni "ini abg dia, bukan dia. dia dah meninggal pagi tadi. dia dah lame saket". aik? semalam sehat je main wall to wall? HAHHAHHAHHAH. biasa la tu bila da kantoi. pelik en? sempat pulak dia bg password kat abg dia bagai. ni bukan cite tipu okay, ni kisah benar. udah udah le tu pakai gamba camtu. lambat laun org tau jugak kot =..=


pssssst : byk lagi sebenarnye. tapi tgn dah letih menaip. ade yg terase? padan muke. kbye :P







Thursday 6 October 2011

episod 25 : KISAH TRAGIS AKU DAN DIA

semuanya bermula kira kira 3 tahun lepas.
aku dan dia dipertemukan dalam sebuah mall.
the store.

ye,
di situlah sejarah kami bermula
aku jatuh cinta pandang pertama.
aku pun tak tahu kenapa.
tak pernah aku rase macam tu
ehem,
siape kate cinta tak bole dibeli dgn wang ringgit?

sejak tu.
aku dan dia mula rapat.
27 jam aku berdua dgn dia.

dia selalu menghiburkan aku disaat aku berduka

menyuluh aku dalam kegelapan
****nak berak time takde letrik. kahkah !


tapi,
betul kate mak,
cinta monyet tak lama mana.
lepas tu dia mula buat hal.
badan dia patah dua.

mak suruh aku tinggal kan dia.
tapi aku tak sanggup.
sbb aku la dia jadi mcm tu..
hmmm ):
makin lame dia jadi makin teruk.
selalu nyanyi tak tentu pasal.

dan sekarang badan dia tak berfungsi langsung.
aku bawak dia jumpe doktor.
doktor kate,
kite tamatkan saje riwayat dia.
aku pasrah.
mungkin jodoh aku dgn dia tak panjang.
hmmm ):



*****beberape hari kemudian...





kbye.

Wednesday 5 October 2011

episod 24 : KEMBAR AKU ?

ehem
sebelom korang bace,
aku nak bagi amaran
kalau rase nak muntah,
jgn tahan2.
HAHHAHAHHAH

**kisah satu.

ni sume start sejak aku masok U.
sebelom ni tak penah pon.
mase tu aku tengah buat presentation physics.
time aku present tu,
ade satu group tu asek gelak je tengok aku
aku ade buat lawak ke bhai ? =="
then lepas habes kelas,
one of them datang dekat aku,
and dia cakap,
tadi diorang baru perasan something,
diorang kate muke aku macam MEGAN FOX. 

pehhhhhh.
yang cakap tu budak lawa dalam kelas aku pulak tu.
sekarang ni bukan diorang je yg perasan.
aku pon dah jadi perasan sekali !
hah !
balek tu,
aku cite kat family aku.
diorang gelak kan aku.
siot betol =="
then kebetulan pulak mase tu ade cite transformer,
aku tengok je la dgn diorang sume.
pastu diorang sume cakap,
"betol la ngah, muke kau mcm muka dia"
HHAHHAHAHHAHHAHHA !

**kisah dua.


aku pegi makan kat kedai 
waiter tu pon datang la nak amek order
tetibe dia cakap kat aku,
"akak, muka akak ni mcm liza hanim mase mude lah*
membe aku sume dah gelak2.
aku terdiam la kot.
celah mane ntah yg cam liza hanim 
aku pon tak tau


**demn. wa tak tau muka liza hanim masa muda mcm mane sebenarnye =="


**kisah tiga. 

ni mase aku tengah solat kat surau
membe aku yg dua orang ni,
tetibe tegur aku
dia cakap mata aku cam tiz zaqiyah
pulakkk?
then ade lahhh lagi 2-3 orang cakap mcm tu
aku bole blakon nur kasih le mcm ni
hai remy ishak :3
ahhahhahah




**kisah empat.


yg aku heran nye,
apesal takde yg cakap muke aku mcm LISA SURIHANI?
sdap siket telinge aku mendengarnye.
wakkakakkaka !
dah pasan sgt ni.
k bye !


pssssssssst : ni sume cite benar. sampai sekarang kawan aku panggil aku megan fox. brr =="






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...