Wednesday 17 October 2012

episod 106 : KALAULAH ESOK MASIH ADA.

dulunya aku fikir, hidup aku masih panjang. selalu juga aku membayangkan yang aku akan graduate, bekerja, berkahwin, dapat anak, dapat cucu, pencen, dan meninggal di usia yang sudah ganyut.


tapi sejak aku sakit pada bulan disember tahun lalu, aku ibarat terkena tamparan sedas dari Tuhan. macam mana lah aku boleh lupa yang mati tu bila bila pun boleh?

yaaa, aku mengaku, aku mmg banyak lalai sebelum ni. dari segi hubungan dengan Tuhan, keluarga dan kawan kawan. aku jalani hidup dgn penuh yakin yang aku pasti akan hidup lagi di hari esok.


waktu mula mula ditampar oleh Maha Pencipta tu, aku mmg marah dan ala ala frust lah jugak. soalan yang aku selalu tanya, "kenapa mesti aku?". bagi aku, tak adil untuk aku yang berusia 20 an ni ditimpa sakit sebegitu. 


tapi lama kelamaan, aku mula sedar betapa jahiliahnya aku sebelum ni. sakit yang Allah bagi tu, seciput je kalau nak dibandingkan dengan semua dosa dosa aku.


dan melihatkan keadaan kawan kawan seangkatan umur yang pergi tanpa sebarang tanda, membuatkan aku makin bersyukur. bersyukur sebab sakit. lagi suka kalau sakit.


aku juga fikir, lagi bagus mati sebab sakit dari mati sebab kemalangan atau mati ala ala final destination. sebabnya? kalau aku sakit, aku masih ada waktu untuk bertaubat pada Allah. walaupun singkat, ianya sangat bermakna. cuba kau orang bayangkan, kau orang tengah drive sambil karaokae lagu untuk dia! hey! untuk dia! hey! tiba tiba kena langgar, mati terus. tak ke sedih tu?


makanya pesanan aku di entri kali ini iaitu entri mengejut setelah 5 bulan pergi bertapa, bersyukurlah kalau ditimpa kesakitan. bertaubatlah selagi ada waktu. kalau ada syaiton bisik dekat kau orang "esok esok lah solat", jawab balik dekat dia, "macam mana kalau esok dah tak ada?". Haa gitu.


Sekian. Terima kaseyyy!


Pssssst 1 : jgn panggil aku ustajah miss no right. nanti aku takabbur. kahkah!

Pssssst 2 : maaf lukisan buruk. tangan mcm dah kaku yu olls. maklumlah dah 5 bulan aku terlupa yg aku ada blog.

Pssssst 3 : rindu aku tak?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...