Tuesday 27 March 2012

episod 100: JIKA CINTA ITU BUTA, JANGAN BUTAKAN MATA AKU.

jika cinta itu menjauhkan kamu dari Pencipta yang satu, maka kamu harus mendapatkan kepastian tentang siapa sebenarnya kekasih hati kamu itu. mungkin dia seekor syaitan?


jika cinta membuatkan kamu lalai dalam mengejar cita cita kamu, kamu sememangnya bodoh tahap sepuluh. tak. mungkin lebih dari itu. 


jika cinta membuatkan kamu kehabisan duit dalam sekelip mata, maka eloklah kamu bersedia. bersedia untuk menjadi papa kedana.



jika cinta membuatkan kamu kehilangan kawan baik mahupun kawan tidak baik, eloklah kamu duduk di satu sudut sambil memegang kadbod bertulis FOREVER ALONE. ya, itulah maksud forever alone yang sebenarnya. tiada kawan untuk berkongsi kegembiraan. 


dan jika cinta itu membuatkan kamu sanggup menyakiti hati insan yang melahirkan kamu, yang membasuhkan berak kamu, yang berpenat lelah mencari duit untuk kamu, atau yang mengangkat kamu masuk ke bilik ketika kamu tertidur di ruang tamu sewaktu masih kecil, eloklah kamu diculik oleh mana mana pengganas sebenar tanpa perlu diselamatkan lagi. semoga segala pengalaman itu akan mengajar kamu erti hidup.


cinta itu suci. cinta sepatutnya membuatkan kamu lebih tekun belajar untuk mendapat pekerjaan yang bagus, mengumpul duit yang banyak untuk diijab kabul bersama buah hati kamu, dan seterusnya melahirkan cucu yang comel untuk ibu bapa kamu. kalaulah kamu faham....









Friday 23 March 2012

Tuesday 13 March 2012

episod 98 : SETIAP KALI TENGOK WAJAH BELIAU, AKU TERUS TERINGAT BUAH AVOCADO.

waktu dulu dulu aku sangat suka dengan subjek chemistry. lebih lebih lagi waktu amali. belajar buat sabun, celup celup litmus paper dalam NaOH, dan tak lupa membau bau alkohol. haih ohsem betul.



tapi bila sampai saja kelas teori, aku jadi lemah. lemah tak berdaya sebab banyak syaitonnn bergayut dekat bulu mata. aku pula belajar kimia di makmal dan bukan di kelas, jadi niat untuk tidur tidur ayam terpaksa dibatalkan sebab kerusi di makmal tak fleksible untuk menyandarkan diri.



mujurlah ada wajah seseorang yang selalu membuatkan aku kembali cergas di dalam makmal. wajah beliau ini terpampang dalam buku rujukan chemistry Success kalau tak silap aku. jadi bilamana aku terasa mengantuk, aku akan selak buku tersebut semata mata untuk melihat wajah beliau. beliau sudah banyak menceriakan hari aku. terima kasih aku ucapkan pada Lornezo Romano Amedeo Carlo Avogadro di Quaregna e di Cerreto atau nama manjanya, Amedeo Avogadro.




jasamu akan tetap ku kenang, sayang.








Sunday 11 March 2012

episod 97 : SEJUTA KATA MAAF TERASA KAN PERCUMA.

saya minta maaf. aku mintak maap. gua mintak maap. senang kan nak cakap? tapi jangan ingat dengan cuma mintak maaf semua benda akan jadi macam dulu.



jangan ingat semua orang akan lupa apa yang engko pernah buat.



jangan ingat yang dah hilang boleh kembali macam asal.



dan jangan ingat perkataan maaf engko tu berguna kalau kau masih di takuk lama. masih taknak berubah.



dalam kamus hidup aku, tak ada istilah peluang kedua. setiap orang cuma diberi satu peluang. kalau engko guna peluang tu dengan baik, maka baiklah semuanya. tapi kalau engko tak hargai peluang yang engko dapat, maka tamatlah kisah engko sampai di situ. iya, engko boleh mintak maaf tanda menyesal. dan aku juga boleh berikan maaf sebanyak mana yang engko mahu. tapi untuk peluang kedua? sila mintak pada orang lain.


psst : untuk orang yang tak pernah mintak maaf, lagi lah aku tak tahu nak cakap apa.



episod 96 : PURE BLOGGERS YANG PELIK.

pernah dengar pasal purebloggers.com? kalau pernah, sila tumpukan perhatian yaa anak anak.


sejak akhir akhir ni aku selalu dapat trafik dari purebloggers.com. traffik yang pelik. seolah olah aku pernah join purebloggers tu dan orang datang ke blog aku melalui website tersebut. bila aku google, rupanya ramai juga yang senasib dengan aku. ada juga blogger yang dapat email dari purebloggers supaya diorang join website tu. dan sesetengah dari diorang dah pun join. dilihat dari mata kasar, purebloggers ni tak ubah macam facebook.



aku sememangnya tak arif soal pishing, hacking, spamming dan bla bla bla. iyalah, dulu waktu kelas komputer aku bukannya nak dengar sangat apa yang pensyarah tu bebelkan. tapi tak bermakna aku mudah ditipu dengan website website sebegitu. jadi dengan rajinnya aku melakukan sedikit kajian tentang purebloggers yang aneh lagi pelik ni.

1. hasil dari apa yang aku baca dari website website lain, hipotesis yang aku terima ialah kemungkinan besar purebloggers hanyalah referer spam. tak ada siapa pun yang view blog kita. dan tak ada siapa pun yang link kan blog kita di website tersebut.

2. design untuk purebloggers adalah sangat sama dengan facebook. sedangkan pihak facebook tak pernah umumkan apa apa pun tentang purebloggers.

3. kalau engko orang google purebloggers, yang keluar hanyalah ayat ayat macam "what is purebloggers?" "purebloggers is a scam?". website purebloggers itu sendiri tak keluar sebagai top search.

4. referer spam akan dapat income selagi engko orang terus klik link diorang. jadi apa yang engko orang perlu lakukan ialah, jangan klik apa apa link yang nampak pelik terutamanya dekat bahagian statistik tu. ingat, jangan klik.

5. untuk lebih selamat, jangan join purebloggers.

ini antara link yang menguatkan lagi tanggapan buruk aku pada purebloggers:

http://justificationbygrace.com/2012/02/28/pure-bloggers-update/



psst : sesiapa yang hebat pasal internet boleh lah komen sepatah dua supaya aku lebih faham dan betulkan apa saja maklumat yang salah. sharing is loving bro.





Friday 9 March 2012

episod 95 : IKHLAS ITU TAK SEMUDAH ABC.




itu antara ayat bangang yang aku selalu nampak. ayat ni selalunya ditujukan untuk perempuan yang gemar berfesyen walaupun memakai tudung. tak kira lah dia pakai tudung bawal, pashmina, atau tudung saji sekalipun. kritikan itu ada di mana mana.

aku bukan mahu mempertahankan hana tajima mahupun yuna. pakai tudung tapi tak tutup dada, salah. pakai tudung tapi berlengan pendek, salah. iya, yang salah tetap salah.



cuma yang membuatkan aku agak menggelegak ialah pandangan masyarakat yang terlalu memandang serong golongan muslimah yang gemar berfesyen ini. bagi mereka lebih baik tanggalkan saja tudung itu kalau niat bertudung bukan kerana Allah. tapi kerana mahu cantik.

ibaratnya macam engko orang ternampak orang solat dengan cara yang salah, lantas engko orang berkata : "ape lah kau ni solat salah. baik kau tak payah solat". yaa. lebih kurang begitu.

engko orang rasa engko orang ni dah cukup baikkah? sesuka hati mengadili dan menghakimi orang lain. dan begitukah cara engko orang berdakwah? dengan cara sinis?

sebenarnya soal ikhlas atau tidak dalam bertudung ni, tidak ada siapa yang boleh menilai melainkan Allah. ustaz aku juga pernah berceramah tentang isu ikhlas. nak ikhlas ni bukannya mudah. contohnya bila kita bersedekah, macam mana kita nak tahu sama ada kita bersedekah dengan ikhlas atau sekadar menunjuk? kita tak akan pernah tahu pun. maka disebabkan itu lah kita harus sentiasa bersedekah. mana lah tahu dalam banyak banyak sedekah yang kita lakukan itu, ada salah satunya yang dilakukan dengan seikhlas hati. sama juga dengan cara nak menutup aurat ini.


aku sendiri mula bertudung sekitar umur 12 tahun. itupun sebab emak dan ayah yang suruh. waktu itu aku tak titik beratkan sangat isu dosa dan pahala. kiranya waktu itu keikhlasan nak bertudung hampir tidak ada.
tapi hari demi hari, aku berubah sendiri. aku mula suka bertudung. dan entah kenapa, sejak itu tanpa tudung aku rasa malu. aku rasa macam budak jahat. nampak tak perubahannya dekat situ?



jadi kesimpulannya, jangan menghina atau mempersendakan mereka yang bertudung demi trend. mula mula mungkin mereka hanya bertudung kerana fesyen. tapi lama lama nanti keikhlasan itu insya-Allah akan datang sendiri. tak gitu?





Thursday 8 March 2012

episod 94 : AKU YANG SEDANG MERAJUK DENGAN FACEBOOK.

entah engko orang paham ke tidak apa yang aku cuba ketengahkan hari ni. ah tak kisahlah. cuba engko orang tengok apa yang pelik dalam gambar kat bawah ni.




**"aku" itu merujuk kepada facebook milik aku dan "Encik F" pula seorang sahabat yang rajin menghiburkan hari hari aku.

seperti yang dilihat dalam gambar di atas, aku boleh nampak ada 47 orang sedang online. bermakna aku sedang appear online bukan? dan yaa, memang aku tengah online pun ! tapi bila dilihat pada bahagian mesej tersebut, simbol hijau itu tidak ada pada profile aku. seakan akan aku sedang appear offline. hairan.

patutlah tak ada orang yang berhai hai dekat aku sejak akhir akhir ni. rupa rupanya nya sebab engko orang tak nampak pun yang aku tengah online. ibaratnya macam aku online sorang sorang. 

apa boleh buat kann. takdir dah memang begitu. izinkan aku membawa diri ke twitter. tsk tsk.



pssst : mohon abam Mark Zuckerberg dapat jelaskan isu ini. dalam bahasa Melayu. 



Wednesday 7 March 2012

episod 93 : AKU TAK HITAM DAN TAK PUTIH.






waktu aku masih di zaman hingusan, perkataan hitam manis selalu diperkatakan oleh orang sekeliling aku. terutamanya emak. asal nampak orang itu berkulit gelap, emak akan kata itu sebagai hitam manis.



tapi aku tidak suka dengan pujian hitam manis itu sendiri. aku tak fikir hitam itu manis. cincau tak manis pun. jadi disebabkan itu aku mula menyelak Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka cetakan kesebelas milik ayah aku, muka surat 250.


setelah puas mengkaji dan meneliti tentang maksud maksud sebenar hitam, aku pun dengan berani menyuarakan sebarang dua pendapat kepada emak.











ralat : kisah ini berlaku sebelum terhasilnya iklan syampu Clear. waktu ini aku masih belum mengenali Rain. dan aku masih tak tahu yang "hitam itu menawan". maaf kan aku, Rain. maaf !









Tuesday 6 March 2012

episod 92 : STESEN SETERUSNYA, SUNGAI BULOH.

aku dan komuter umpama remote control dan televisyen. sesuatu yang tak dapat dipisahkan. dengan komuter lah aku pergi ke kampus dan dengan komuter juga aku pulang ke kampung halaman. iya, aku sememangnya berdikari. tolonglah percaya.

"a thousands miles seems pretty far, but they've got planes and trains and cars, i'd walk to home if  I had no other ways".

hm. begitulah kesungguhan aku untuk pulang ke kampung. selalunya aku memulakan pengembaraan tersebut dengan berbekalkan hanya 2 buah beg. satu beg sandang berisi laptop dan satu lagi beg berisi baju dan barang peribadi. luggage adalah sangat tidak sesuai untuk pengembaraan kali ini. ingat ya tuan tuan, kita menaiki komuter. bukan kapal terbang. 


memandangkan aku menaiki tren dari stesen kedua terawal iaitu stesen Seremban, aku selalunya berpeluang memilih tempat duduk yang aku mahukan. skil kepantasan dan kegelojohan aku akan terserlah demi merebut tempat duduk yang paling hujung. sebab apa? sebab aku mahu tidur dengan kepala tersandar di tepi. selesa sungguh.


permasalahan yang paling kerap aku lihat ialah kegagalan sesetengah insan bernama lelaki untuk memahami bahawa itu adalah koc untuk wanita sahaja. ingat, wanita sahaja. terkadang mereka sudah ditegur oleh mana mana penumpang tapi mereka masih tidak mahu berganjak. hanya muka sepuluh sen yang mereka pampangkan. cuba meraih simpati kononnya. 


mungkin logo koc wanita itu harus diubah menjadi lebih seksi supaya mereka yang buta huruf ataupun pura pura buta huruf ini dapat memahami bahawa itu sememangnya koc untuk perempuan.


permasalahan kedua yang aku selalu lihat ialah isu tempat duduk. iya, utamakan tempat duduk untuk golongan yang lebih memerlukan. pernah suatu hari, aku berikan tempat duduk kepada nenek tua dengan niat mahu meniru adlin aman ramli dalam iklan di kaca tv. tapi hati agak menggelegak bila rupanya nenek itu cuma mahu ke stesen yang berhampiran sahaja. tak sampai 5 minit. sedangkan aku perlu menempuh banyak lagi stesen dalam masa lebih kurang 2 jam. cis sungguh. 


pernah juga terjadi, seorang penumpang yang baik hati memberikan tempat duduknya kepada seorang penumpang mengandung yang sedang berdiri. namun setelah aku amati betul betul, dia bukan perempuan mengandung. tapi sebaliknya perempuan gemuk. 



di waktu perayaan pula, tren akan dipenuhi oleh berjuta manusia yang niatnya cuma satu, mahu pulang ke kampung. di waktu ini lah melayu, cina, india, bangla, indon, nigger, semuanya bersatu. tren senget pun tak apa. kita kan 1 tren, 1 Malaysia









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...