Tuesday, 6 March 2012

episod 92 : STESEN SETERUSNYA, SUNGAI BULOH.

aku dan komuter umpama remote control dan televisyen. sesuatu yang tak dapat dipisahkan. dengan komuter lah aku pergi ke kampus dan dengan komuter juga aku pulang ke kampung halaman. iya, aku sememangnya berdikari. tolonglah percaya.

"a thousands miles seems pretty far, but they've got planes and trains and cars, i'd walk to home if  I had no other ways".

hm. begitulah kesungguhan aku untuk pulang ke kampung. selalunya aku memulakan pengembaraan tersebut dengan berbekalkan hanya 2 buah beg. satu beg sandang berisi laptop dan satu lagi beg berisi baju dan barang peribadi. luggage adalah sangat tidak sesuai untuk pengembaraan kali ini. ingat ya tuan tuan, kita menaiki komuter. bukan kapal terbang. 


memandangkan aku menaiki tren dari stesen kedua terawal iaitu stesen Seremban, aku selalunya berpeluang memilih tempat duduk yang aku mahukan. skil kepantasan dan kegelojohan aku akan terserlah demi merebut tempat duduk yang paling hujung. sebab apa? sebab aku mahu tidur dengan kepala tersandar di tepi. selesa sungguh.


permasalahan yang paling kerap aku lihat ialah kegagalan sesetengah insan bernama lelaki untuk memahami bahawa itu adalah koc untuk wanita sahaja. ingat, wanita sahaja. terkadang mereka sudah ditegur oleh mana mana penumpang tapi mereka masih tidak mahu berganjak. hanya muka sepuluh sen yang mereka pampangkan. cuba meraih simpati kononnya. 


mungkin logo koc wanita itu harus diubah menjadi lebih seksi supaya mereka yang buta huruf ataupun pura pura buta huruf ini dapat memahami bahawa itu sememangnya koc untuk perempuan.


permasalahan kedua yang aku selalu lihat ialah isu tempat duduk. iya, utamakan tempat duduk untuk golongan yang lebih memerlukan. pernah suatu hari, aku berikan tempat duduk kepada nenek tua dengan niat mahu meniru adlin aman ramli dalam iklan di kaca tv. tapi hati agak menggelegak bila rupanya nenek itu cuma mahu ke stesen yang berhampiran sahaja. tak sampai 5 minit. sedangkan aku perlu menempuh banyak lagi stesen dalam masa lebih kurang 2 jam. cis sungguh. 


pernah juga terjadi, seorang penumpang yang baik hati memberikan tempat duduknya kepada seorang penumpang mengandung yang sedang berdiri. namun setelah aku amati betul betul, dia bukan perempuan mengandung. tapi sebaliknya perempuan gemuk. 



di waktu perayaan pula, tren akan dipenuhi oleh berjuta manusia yang niatnya cuma satu, mahu pulang ke kampung. di waktu ini lah melayu, cina, india, bangla, indon, nigger, semuanya bersatu. tren senget pun tak apa. kita kan 1 tren, 1 Malaysia









23 comments:

  1. hahahaa ..

    eh header baru ;)

    ReplyDelete
  2. sy penah gak nek koc wanita..at peak hours memang packed mcm sardin...sardin pon x packed cmtu...huhu...dgn 'wangi2an' yg plbgai...mmg rse nak pengsan je.. =.=

    ReplyDelete
  3. loh ingatkn pompuan mngandung? ahaha
    em baru ni wani naik tren siap nak btumbuk bagai nak berebut naik tren..pheww!

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Saya pernah terlupa yang wujud koc wanita. naik koc biasa, campur-campur orang ada. Bila sampai satu stesen ni, sebab saya kecik kot, lelaki tu duduk kat sebelah dan tak duduk kat satu lagi tempat kosong yang kat depannya wanita yang sedikit berisi. Tapi, dia duduk menyebabkan saya tak selesa. Huhu. KTM, jauh perjalanan.

    ReplyDelete
  5. 1 tren 1 malaysia.. hahaha! bagus punya slogan. tapi citer kau lagi bagus.

    ReplyDelete
  6. Yang pasti, atas tren banyak tokey perfume...wangi jer...yum yum

    ReplyDelete
  7. ktm kan kritikan tak dapat dipisahkan.. "ktm - kritikan terus menerus"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah. makin banyak slogan untuk ktm nampaknya.

      Delete
  8. Hai. Aku selalu gak mai stesen Seremban. Awat tak kol dulu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...