Sunday, 11 March 2012

episod 96 : PURE BLOGGERS YANG PELIK.

pernah dengar pasal purebloggers.com? kalau pernah, sila tumpukan perhatian yaa anak anak.


sejak akhir akhir ni aku selalu dapat trafik dari purebloggers.com. traffik yang pelik. seolah olah aku pernah join purebloggers tu dan orang datang ke blog aku melalui website tersebut. bila aku google, rupanya ramai juga yang senasib dengan aku. ada juga blogger yang dapat email dari purebloggers supaya diorang join website tu. dan sesetengah dari diorang dah pun join. dilihat dari mata kasar, purebloggers ni tak ubah macam facebook.



aku sememangnya tak arif soal pishing, hacking, spamming dan bla bla bla. iyalah, dulu waktu kelas komputer aku bukannya nak dengar sangat apa yang pensyarah tu bebelkan. tapi tak bermakna aku mudah ditipu dengan website website sebegitu. jadi dengan rajinnya aku melakukan sedikit kajian tentang purebloggers yang aneh lagi pelik ni.

1. hasil dari apa yang aku baca dari website website lain, hipotesis yang aku terima ialah kemungkinan besar purebloggers hanyalah referer spam. tak ada siapa pun yang view blog kita. dan tak ada siapa pun yang link kan blog kita di website tersebut.

2. design untuk purebloggers adalah sangat sama dengan facebook. sedangkan pihak facebook tak pernah umumkan apa apa pun tentang purebloggers.

3. kalau engko orang google purebloggers, yang keluar hanyalah ayat ayat macam "what is purebloggers?" "purebloggers is a scam?". website purebloggers itu sendiri tak keluar sebagai top search.

4. referer spam akan dapat income selagi engko orang terus klik link diorang. jadi apa yang engko orang perlu lakukan ialah, jangan klik apa apa link yang nampak pelik terutamanya dekat bahagian statistik tu. ingat, jangan klik.

5. untuk lebih selamat, jangan join purebloggers.

ini antara link yang menguatkan lagi tanggapan buruk aku pada purebloggers:

http://justificationbygrace.com/2012/02/28/pure-bloggers-update/



psst : sesiapa yang hebat pasal internet boleh lah komen sepatah dua supaya aku lebih faham dan betulkan apa saja maklumat yang salah. sharing is loving bro.





15 comments:

  1. Replies
    1. kan? mesti mark zuckerberg marah nanti.

      Delete
  2. Hahaha ok semalam pun aku naik hairan apahal blog aku banyak trafik dari purebloggers -,-' dan sokong no.5 HAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. ohh..patut la..lately top referral blog sy pun ade benda ni jugak..pelik gak sebenarnye sbb memang tak pernah dengar pon pasal ni...btw thx coz bagitau.. =)

    ReplyDelete
  4. Betullah tu, toksah gatai tangan klik yg bukan2

    ReplyDelete
  5. Baca entri ni terus cek pageviews. Nasib baik tak ada dari purebloggers. Nasib baik ke tu ? HAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ah.

      purebloggers ni kacau blogger yg tak pemes je. kehkeh.

      Delete
  6. aku penah dapat dan aku tak layan sebab mesej nya selalu masuk kotak spasm

    ReplyDelete
  7. hehe..sekali TPTL terkena daaa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...