Friday, 9 March 2012
episod 95 : IKHLAS ITU TAK SEMUDAH ABC.
itu antara ayat bangang yang aku selalu nampak. ayat ni selalunya ditujukan untuk perempuan yang gemar berfesyen walaupun memakai tudung. tak kira lah dia pakai tudung bawal, pashmina, atau tudung saji sekalipun. kritikan itu ada di mana mana.
aku bukan mahu mempertahankan hana tajima mahupun yuna. pakai tudung tapi tak tutup dada, salah. pakai tudung tapi berlengan pendek, salah. iya, yang salah tetap salah.
cuma yang membuatkan aku agak menggelegak ialah pandangan masyarakat yang terlalu memandang serong golongan muslimah yang gemar berfesyen ini. bagi mereka lebih baik tanggalkan saja tudung itu kalau niat bertudung bukan kerana Allah. tapi kerana mahu cantik.
ibaratnya macam engko orang ternampak orang solat dengan cara yang salah, lantas engko orang berkata : "ape lah kau ni solat salah. baik kau tak payah solat". yaa. lebih kurang begitu.
engko orang rasa engko orang ni dah cukup baikkah? sesuka hati mengadili dan menghakimi orang lain. dan begitukah cara engko orang berdakwah? dengan cara sinis?
sebenarnya soal ikhlas atau tidak dalam bertudung ni, tidak ada siapa yang boleh menilai melainkan Allah. ustaz aku juga pernah berceramah tentang isu ikhlas. nak ikhlas ni bukannya mudah. contohnya bila kita bersedekah, macam mana kita nak tahu sama ada kita bersedekah dengan ikhlas atau sekadar menunjuk? kita tak akan pernah tahu pun. maka disebabkan itu lah kita harus sentiasa bersedekah. mana lah tahu dalam banyak banyak sedekah yang kita lakukan itu, ada salah satunya yang dilakukan dengan seikhlas hati. sama juga dengan cara nak menutup aurat ini.
aku sendiri mula bertudung sekitar umur 12 tahun. itupun sebab emak dan ayah yang suruh. waktu itu aku tak titik beratkan sangat isu dosa dan pahala. kiranya waktu itu keikhlasan nak bertudung hampir tidak ada.
tapi hari demi hari, aku berubah sendiri. aku mula suka bertudung. dan entah kenapa, sejak itu tanpa tudung aku rasa malu. aku rasa macam budak jahat. nampak tak perubahannya dekat situ?
jadi kesimpulannya, jangan menghina atau mempersendakan mereka yang bertudung demi trend. mula mula mungkin mereka hanya bertudung kerana fesyen. tapi lama lama nanti keikhlasan itu insya-Allah akan datang sendiri. tak gitu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
baiiik cikgu :)
ReplyDeletebaguih.
Deleteyup..yup..setuju sangat..keikhlasan seseorang itu tak boleh diukur dgn mata kasar...dpd dok memerli cara pemakaian dorang tu kan ke lebih baik kalau kita doakan agar mereka terbuka hati utk menutup aurat dgn lebih sempurna?? ;)
ReplyDeletebetul. itulah yang paling baik.
Deleteaaaaa ok. correct!
ReplyDeleteyeay !
Deletespam?
ReplyDeleteSokong.
ReplyDeletebaguih.
DeleteOkey...saya xpakai tudung..
ReplyDeletepakai la songkok.
Deletesongkok saya hilang.boleh tolong carikan?
DeleteWOha!
ReplyDeleteang ni tak habih habih dengan wOha nya
Deletegila henseng squidward tu! haha
ReplyDeleteterima kasih puji.
Deleteye gitu.......
ReplyDeleteiya dong.
DeleteItu tektik marketing..Bantulah dia dengan sengih.
ReplyDeletebetul 2..sy setuju..hehe
ReplyDeletebaguih baguih
Deletesetuju..mula2 dulu pon cikgu xpkai tdung, tp keikhlasan tu akan dtg ble kta bertudung dgn cara yg betul ... =)
ReplyDeletebetul betul. ramai yg cenggitu.
Deletesy sedang berusaha ke arah itu ..
ReplyDeletebaguih. aku support hang 100%.
Deletepandai pon ... keikhlasan itu akan datang seumpama datang nya nur(hidayah) .. ^^,
ReplyDeleteyeay saya pandai ! haha
Deletekartun kamu ni lawak la...hahaha
ReplyDeletebetul cakap kau. mula2 memang lah nak fesyen. tp lama2, mungkin diorang berubah jugak pakai menutup aurat betul2. xkan sampai ke tua nak pakai mcm hana tajima kan? hehe.
ReplyDeletetp sepatutnya, tak elok melambatkan sesuatu perkara baik. takut nanti mati awal, tak sempat pulak nak tutup aurat sepenuhnya. tutup dengan kain kapan je la yg sempat.
entah bila aku nak berubah ni. hihi :)
btl tu :)
ReplyDeleteyg tak bertudung, tetibe berubah kpd bertudung w/pn hanya ikut fasyen, masih boleh diterima... yg x dpt diterima adalah yg sebelum ni bertudung labuh, tp sebab ikutkan fesyen, tudung labuh dah jadi shawl pendek..grrr..
ReplyDeleteorg yg baru nk bertudung, mnereka baru nk berubah kpd yg lbh baik. tp yg dah molek2 tutup aurat betul2, boleh pulak berubah kepada buka aurat sikit2. tu mcm x boleh terima akal...
tu hana tajima kan? haha
ReplyDelete