Tuesday 28 February 2012

episod 91 : SHE WEARS HIGH HEELS, I WEAR SNEAKERS.

aku ada seorang kawan baik. kami sudah berkawan sejak tabika lagi. aku dan dia mempunyai lebih banyak perbezaan berbanding persamaan. dia kadang kala menjengkelkan dan kaya dengan sifat pembuli.


tapi setiap kali dia tiada, aku berasa sangat sangat bosan dan sunyi. mungkin disebabkan aku dah terbiasa dengan muka nakal dia. dan tak lupa, bunyi gelak dia yang berdekah dekah.


dia punya ramai teman wanita disebabkan mukanya yang agak kacak. aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan kacak. bagi aku, dia hanyalah budak hingusan yang sangat manja dengan ibunya. gadis yang selalu keluar dengan nya pula adalah sangat mudah di agak. jenis yang suka memakai skirt dan heels. 


kadangkala dia cuba mencarikan aku teman lelaki. tapi semuanya tak menjadi. ada sahaja yang tak kena pada pandangan dia. 


suatu malam, dia mengajak aku ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah kami. waktu itu hujan turun renyai renyai. aku pasti dia baru bertengkar dengan mana mana gadis yang keluar bersamanya. selalunya dia memang begitu. tapi yang merisaukan aku, dia kelihatan tidak sihat. dia hampir tiada suara.


jadi aku meminta dia menunggu sebentar. aku berlari ke arah 7 eleven yang terletak agak jauh dari situ. aku mahu belikan dia strepsils. tapi malangnya, aku cuma ada 40 sen. jadi aku belikan gula gula hacks sahaja dan terus berlari balik ke taman tadi. aku hulurkan gula gula hacks pada dia. namun jawapan yang aku terima agak mengecewakan. aku rasa seperti tidak dihargai.



marah dengan sikapnya, aku sumbat semua gula gula hacks yang aku beli tadi ke dalam mulut dan terus beredar dari situ. dia tergamam. sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku menangis tanpa henti. bukan kerana gula gula hacks semata mata. tapi kerana sukakan seseorang yang menganggap aku ini tidak lebih dari seorang kawan baik.

sejak peristiwa itu, kami tidak lagi berhubungan. walaupun kami ada terserempak di sana sini, kami tidak bertegur sapa. aku mahu jauh dari dia. aku sudah ada seseorang. seseorang yang cukup sempurna buat aku. dan mungkin dia juga sudah menemui seseorang. seseorang yang boleh mengubah sifat playboynya.


beberapa tahun kemudian, aku menghadiri reunion sekolah setelah dipaksa oleh beberapa orang kawan. dan seperti yang aku takutkan, dia ada di situ. dia hanya menegur aku ketika majlis hampir tamat. kami berbual tentang bermacam perkara. sehinggalah..









TAMAT :)









Monday 27 February 2012

episod 90 : JENIS JENIS ONLINE.


golongan ini online secara normal. online bila perlu. online bila bosan. dan online bila ada kelapangan.


golongan ini hak yang paling malas sekali. suka berbaring ketika online. gaya yang mudah diamalkan bagi mereka yang suka online sebaik sahaja mencelikkan mata setiap pagi ataupun sebelum tidur. 


golongan yang sukakan cabaran ketika online. contohnya, ketika guruh dan kilat memancar di sana sini, mereka masih online dengan muka yang sangat cool. kemungkinan untuk mati disambar kilat adalah sangat tinggi.



golongan ini menganggap online sebagai nyawa mereka. contohnya apabila mereka dirompak atau rumah terbakar, perkara pertama yang mereka lakukan ialah update status mengenai kejadian tersebut di facebook dan twitter. kemudian barulah membuat laporan polis.


golongan ini makan sambil online, menonton wayang sambil online,  memandu sambil online, menziarah orang mati sambil online, segala galanya sambil online. selalu diamalkan oleh pengguna blackbewi. amat berguna ketika terdapat kesesakan lalu lintas dan kematian. 


HAA. ENGKO ORANG YANG MANA SATU?






Saturday 25 February 2012

episod 89 : ADIK DAN FAHAMAN SESAT BELIAU #2













yaa. sebab itulah kami sayang adik. sayanggggg sangat sangat.




Wednesday 22 February 2012

episod 87 : AKU, CITA CITA, DAN PERMAINAN TAKDIR.

ini percubaan pertama aku melukis anime waktu di tingkatan 5. aku tiru dari buku kalendar GEMPAK STARZ kalau tak silap. buku tu kawan aku yang bagi. dia gila manga. dan sekarang dia dah pun belajar dalam bidang art and design. hebat.






sebenarnya dulu aku bercita cita nak jadi kartunis. 




dulu lah.











Sunday 19 February 2012

episod 85 : FACEPALM #3

aku      : weh, bagi aku nama facebook kau. aku nak add.
kawan  : aku tak ade facebook...
aku      : oh ok . bg aku twitter kau...
kawan  : twitter pun tak ade..
aku      : WOW. mcm mana kau boleh survive?





Friday 17 February 2012

episod 84 : LELAKI YANG KITA MAHUKAN.


1. LELAKI BERAMBUT OHSEM.
apa maksud rambut ohsem? ah entah lah. asalkan rambut itu nampak menarik, ianya dikategorikan sebagai ohsem bagi aku. contohnya macam rambut spike. kita tak mahu rambut bieber. itu fesyen budak sekolah sahaja. tidak cool okay?


2. LELAKI PHOTOGRAPHER.
lelaki yang sentiasa bersama DSLR juga sememangnya nampak cool. aku tak tahu kenapa. tapi aku memang suka. contohnya macam amir vanilla coklat. ah dia sememangnya kacak. tak ada kamera pun tak apa.

3. LELAKI SENI.
lelaki yang pandai bermain gitar, drum, menyanyi dan sebagainya adalah sangat menarik. bilamana sahaja aku merasa sedih mahupun bosan, aku akan bertanya padanya, "boleh tuju lagu?".


4. LELAKI SUKAN.
lelaki yang aktif bersukan adalah yang paling macho antara kesemua lelaki. pemain bola sepak, pelari pecut, pemain hoki, ah semuanya macho belaka. jadi jangan tanya kenapa aku selalu tersenyum sewaktu menyaksikan nazmi faiz mahupun syahrul azwari berlari lari membawa bola di padang.


5. LELAKI BIJAK PANDAI.
lelaki bijak pandai ni, err. boleh dikatakann 50% suka 50% tak suka. lelaki bijak selalunya terlalu banyak info untuk dikongsi sehingga kadang kadang nampak membosankan. tapi untuk jaminan masa depan yang cerah, siapa yang tak mahu kan?


6. LELAKI KELAKAR.
bila merujuk soal lelaki kelakar, soal paras rupa selalunya diketepikan. lelaki kelakar cuma perlu buat perempuan yang disukainya ketawa. itu sahaja.


jadi yang mana satu pilihan kamu? aku mahu kesemuanya. boleh?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...