Friday, 17 February 2012

episod 83 : TAHNIAH. ENCIK LULUS UJIAN POLIGAMI.

hari ini aku seperti biasa menghadirkan diri ke klinik untuk menjalani rawatan. rutin biasa aku. maksud aku, rutin yang membosankan. tapi tak apa, demi kesihatan dan keselamatan, aku gagahkan juga.

rawatan aku akan di selia oleh encik khairol, pegawai perubatan yang baru saja ditugaskan di klinik ini. selalunya aku diselia oleh abang faizal. tapi abang faizal sedang bercuti gara gara sakit mata. aku mengaku, aku rindu abang faizal yang mukanya garang tapi suka bernyanyi nyanyi ketika merawat orang. tsk.

jadi seperti biasa, encik khairol menyediakan ubat untuk aku dengan penuh teliti. sebijik demi sebijik ubat dia tuangkan ke dalam belas plastik kecil yang aku tak tahu apa namanya.

dan ketika itulah, kami dikejutkan dengan kehadiran orang gila yang masuk ke bilik rawatan secara tiba tiba. orang gila itu memang selalu berkeliaran di kawasan klinik. seolah olah klinik ini dia yang punya. staff klinik ini juga sudah tidak berdaya untuk menghalau dia. dia kemudiannya dengan selamba duduk di kerusi berhadapan dengan aku. aku dan encik khairol cuma senyum. senyum kelat.


orang gila   : adik, adik cantik~ 
aku              : .................................. (tak menjawab)
orang gila   : adik, adik cantik. adik belum kawin kan?
aku              : ....................................... (insert bunyi cengkerik)
orang gila   : haa adik kan cantik. adik kawin la dengan abang doktor ni. hensem ! 
en. khairol  : eh tak boleh ! saya dah kawin la (sambil gelak gelak)
aku              : ............................( masih diam dan senyum tak ikhlas)
orang gila   : ala ape nak risau. ada 3 lagi kuota. hahahahah.
en. khairol  : habis bini saya nak campak mane?
orang gila   : alaaa, 3 lagi tu...3.....
en khairol   : tak boleh. kesian anak saya. anak saya cuma ade sorang mak je.
orang gila   : ala rileks laa doktor. 3 lagi~
en. khairol  : tak boleh. saya tak mampu.



perbualan itu tamat begitu sahaja. orang gila itu beredar setelah cubaannya untuk menghasut encik khairol gagal. encik khairol cuma tergelak. aku pula senyum. senyum yang penuh makna.

kalau lah aku berada ditempat isteri encik khairol, aku mesti rasa terharu. terharu dengan penjelasan encik khairol tadi. walaupun ia cuma perbualan dengan orang gila yang mungkin juga boleh dianggap sebagai gurauan, aku dapat rasa yang encik khairol memang betul betul sayang keluarga dia.

suami yang sayangkan isterinya, akan mencari sejuta alasan untuk tidak berpoligami. sedangkan suami yang sememangnya tak tahu menghargai, akan mencari sejuta alasan untuk berkahwin lagi.








8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...