Friday 30 December 2011

episod 56 : KAMI JAWA & KAMI MAKAN TEMPEH !

assalamualaikum dan selamat petang yang mendung. siapa dekat sini orang jawa , keturunan jawa , kacukan jawa , dan yang sewaktu dengan nya, sila angkat tangan macam saya ! hoi, angkat tangan macam aku laa, jangan angkat tangan macam ucop wilcha. itu lawak basi tuu. kak limah apa semua tu, basi dah tu. haih. siapa tadi yang angkat tangan? maaf lah. aku tak nampak. ini blog laa, bukan skype. kahkah.

begini ceritanya. mak aku jawa tulen, ayah aku pulak melayu. maka, jadilah aku anak kacukan. ahah. waklu lah. sejak dari kecik lagi aku dah didedahkan dengan masyarakat jawa ni. jiran kiri kanan depan belakang semua jawa. senang cerita, satu kampung ni semua jawa. jadi aku aku tak pernah malu nak mengaku yang aku orang jawa. yaa, aku orang jawa. ada masalah? kalau ada, boleh datang rumah aku. kita bincang sambil minom kopi. eh? kejadah.

walaupun aku anak jawa, aku tak handal pun bertutur bahasa jawa. sobs sobs. bak mai tisu premier sekotak T-T ahah. makanya aku selalu mengelak untuk berkomunikasi dengan nenek nenek yang expert bahasa jawa sebab aku memang tak paham. langsung tak paham. aku cuma tau perkataan yang senang senang je. contohnya macam wes mangan? (dah makan)? kahkah. makan je kau tau =..=


bercakap pasal makan, makanan jawa memang sangat sedap. tengok lah pipi aku. tu semua salah makanan jawa la tu. kahkah ! aku paling suka nasi ambang. memang terumbang ambing perot aku lepas makan nasik tu. dan yang seterusnya. TEMPEH ! jyeahhh. aku suka sambal tempe. enak dimakan begitu sahaja sambil menonton tb. hahah.


tapi kan, kan, kan, apa yang aku nampak hari ni sangat menyedihkan. ada sesetengah orang jawa malu nak mengaku asal usul mereka. kenapa? aku tak tau. dan ada juga kawan aku yang selalu tergelak tengok orang makan tempeh. hoi hoi. anda gelak kan tempe, bermakna anda gelakkan orang jawa juga tauk. dan bagi aku, tak ada apa nak dimalukan pun kalau jadi orang jawa. pakai baju singkat singkat, speaking english, dying your hair, itu semua tak akan ubah kau. kalau dah jawa tu, jawa lah jugak. kbai.











Thursday 29 December 2011

EPISOD 55 : MATA BESAR ITU MATA HANTU.









**hamboi comel nye abang mata besar. aummm ! :P


Tuesday 13 December 2011

episod 50 : PESBUK BERTUAH MINGGU INI.

hari ni kita buat kelas bahasa ya adik adik. di bawah ada petikan yang cikgu curik dari bio pesbuk seorang retis. ambik pen merah, dan mari kita sama sama bulatkan yang mana salah.


ada lagi yang cikgu terlepas pandang tak? kalau ada, sila bulatkan lagi. biar penuh bulat bulat dekat situ baru meriah. kalau tak ada pen merah, boleh pakai pen ungu. sebab cikgu suka warna ungu. kahkah. okay itu saja kelas bahasa kita untuk hari ni. cikgu nak pergi rehat ni. nak ngumpat ngumpat dgn mak cik kantin sekali. jumpa lagi minggu depan. jangan lupa bawak duit belanja pergi sekolah. k bye.

pssst : just for laugh. kalau terasa padan muka. hahahha. k bye. aku lari dulu:P



Sunday 11 December 2011

episod 49 : TAK SERUPA CERITA KOREA.

#ini cerita cinta. kalau tak suka boleh cepat cepat tekan butang pangkah di atas sana. terima kasih.


dulu aku naif. naif ya, bukan bodoh. fahamkan betul betul. waktu tahun 6 dulu aku tak tahu pun cinta tu apa. cikgu tak pernah ajar. cikgu cuma pesan suruh belajar betul betul sampai masuk universiti, kerja, lepas tu kahwin. aku angguk kan saja. tak pernah menggeleng. ayah pun selalu bagi warning. kalau ayah tahu aku bercinta dengan sesiapa kat sekolah, ayah aku nak tarik telinga aku depan tapak perhimpunan. cis. ugutan tak menahan =..=

hari demi hari berlalu. ceh apasal ayat aku macam novel ni. kahkah. and sekarang aku dah makin besar. dah boleh kahwin, kata mak aku. dan waktu itu jugalah aku dipertemukan dengan lelaki ini. yaa. lelaki ini bak kata anuar zain. chop. kau lelaki ke anuar zain? bila nak kawin? hahhahahha.

akibat terlalu banyak sangat tengok cerita korea waktu dulu dulu, aku selalu juga berangan yang satu hari nanti semua moment moment indah itu akan terjadi pada aku. tapi malangnya. angan angan aku mmg selalu tak jadi kenyataan. tak pernah sedar pun bila masa aku dah jadi girlpreng seseorang. sebab tak pernah ada ayat propose pun yang aku dengar dari mulut dia. it happened, just like that.


teddy bear , coklat , bunga. itu semua mitos. dalam kisah ni tak ada pun semua tu. tak tahu lah apa yang istimewa untuk dikenang. manis nya cuma datang dari mulut. tak pernah terbukti dengan apa apa yang boleh disentuh dan disimpan.


istilah berkepit 24 jam juga tidak sesuai digunakan dalam kisah ini. ada yang rimas sebab mesej dan panggilan dari yang tersayang masuk tak putus putus. anda seharusnya bersyukur sayang ! sebab aku menunggu 24 jam di sisi telefon tapi satu mesej atau panggilan pun belum tentu aku dapat hari tu.





tiada juga sesi kejar mengejar di lapangan terbang mahupun stesen ktm. rakan rakan aku yang lain siap berhantar berjemput oleh boipreng boipreng mereka. hari lahir pun disambut bersama. rasa cemburu kadang kadang boleh buat muka aku berubah macam hantu. tapi aku cuba tenangkan hati yang sememangnya dah remuk macam kereta proton baru lepas accident. dia jauh. dia sibuk. kau kena faham. tapi boipreng kawan aku pun duduk jauh juga. kenapa dia boleh buat apa yang kau tak boleh buat?




kalau dalam drama korea, hero jadi makin sweet bila heroin sakit. sakit leukimea lah, buta lah, semua heroin mesti nak jatuh sakit punya. jatuh demam pun dijaga bukan main rapi. unit rawatan rapi pun tak serapi itu. hahah. tapi dalam cerita ini, aku sakit bersendirian. nangis bersendirian. dia makin jauh. bukan jauh dari segi jarak lagi. kami jauh dari segala aspek. makanya tiada lelaki yang akan menangis jika satu hari nanti aku pergi. melainkan ayah aku. haha.


dan pengakhiran cerita ini juga pelik. tiada yang curang. tiada yang mempermainkan sesiapa. cuma apa yang aku tahu, kesabaran setiap orang itu ada had nya. macam juga highway, ada had ketinggian. akhirnya kami terputus juga. tiada yang berusaha untuk menyambung. tiada minat juga untuk berkawan. tiada apa apa yang manis untuk dikenang sambil berkumandang apa apa lagu jiwang seperti yang selalu berlaku dalam pengakhiran mana mana cerita korea.

"SAYA TAK PERNAH BERLARI. SAYA BERJALAN DENGAN BEGITU PERLAHAN. TAPI APA YANG PALING MENYEDIHKAN, ANDA TAK PERNAH AMBIL SELANGKAH PUN UNTUK HALANG SAYA PERGI."

psssssst : tak nak dah tengok cerita korea lagi. kbye.





Wednesday 30 November 2011

episod 48 : CONTEST BLOG SIMPLE BY BUBU


assalamualaikum ya sohibi. sihat? rindu aku tak? dah makan? KAHKAH. mukaddimah yang macam haram. okay lah aku malas nak taip panjang panjang macam esei SPM. lagipon SPM dah habes. hooorey ! boleh pegi hangout dengan kawan pastu cari keje part time pastu beli phone baru pastu dah boleh kapel macam yang cikgu suruh (okay aku tipu, aku bukan budak spm). 

aku nak bagitau yang aku dengan sukacitanya dah join contest untuk kali yang keberapa ntah. walaupun kegagalan selalu menghantui blog aku, aku redah kan je lah. hahhahahhahah. 

slogan untuk contest ni :

" SAYA SUKA BLOG YANG SIMPLE KERANA MUDAH UNTUK DIBACA DAN DI LOADING SERTA DAPAT MENJIMATKAN PENGGUNAAN BROADBAND SAYA YANG SENTIASE LEMBAP."

ayat slogan aku macam ayat kartun kan? KAHKAH. pedulik hape. aku punye slogan aku punye sukelah. ohh ye, kali ni aku kene tag 2 orang rakan blogger. nasib korang lah ye :






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...