"ahh. aku bukan perempuan, aku bukan perempuan". itulah ayat yang selalu bermain difikiran aku waktu di sekolah rendah dahulu. sesungguhnya aku tak mahu jadi perempuan. aku mahu jadi lelaki.
jadi lelaki baru ohsemm. jadi perempuan tak ohsemm. itulah pegangan hidup aku.
waktu itu aku gemar memakai t-shirt dan seluar berbanding baju kurung. apatah lagi dress. dan aku rasa lebih ohsem bila pakai topi. boleh sorokkan rambut dalam topi. yaa, barulah nampak kejantanannya di situ. dan tak lupa, aku selalu jalan kengkang. tak pernah reti nak kepit.
suatu hari, ayah hadiahkan aku sebuah basikal sebab aku berjaya dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang gemilang dan terbilang. aku melonjak gembira. basikal itu memang power. macam basikal budak lelaki. tinggi dan bergaya. tapi apakan daya, beberapa hari selepas itu, ayah tambahkan bakul pada basikal itu. ahh terus jadi tak power.
aku fikir, bila aku jadi lelaki, emak tak akan suruh aku buat kerja rumah. kakak akan lipatkan baju aku, kemaskan bilik, dan bla bla bla. ayat yang paling aku mahukan ialah "abang, mari turun makan". aku tak mahu ayat "angah, meh sini tolong mak kupas bawang". tsk.
aku mahu melepak ditembok mahupun di mall sambil mengurat anak anak dara pingitan di situ. aku mahu buat buku koleksi no talipon.
aku mahu pulang lewat setiap hari. aku mahu main futsal, merempit, shuffling. ahh, jantan sungguh.
tapi kamu semua tahu, itu hanya lah mimpi yang tak mungkin jadi realiti. sewaktu aku tingkatan 1, aku dimasukkan ke sebuah sekolah yang agak baik budi pekertinya. sejak dari itu, aku mulai rasa bersyukur dilahirkan sebagai perempuan.
jangan tanya kenapa.
Comey ngatt
ReplyDeletemekaseh puji :P
Deletehahaha..
ReplyDeletesukanya entry nih..soo comeii :D
hehe :3
Deletehehe , tak jln kengkang dah ler ;)
ReplyDeletekehkeh. tak dah.
Deletefuyoo,dahsyat hang punya angan-2..HAHA
ReplyDeleteaku bangga jd perempuan
alolololooo..ahaha
ReplyDeleteangah, tolong abang tukar spoket basikal. :P
ReplyDeletehahha.perempuan itu sempurna :)
ReplyDeleteasal add fb xnk approve,? saya peminat setia blog 'terlalu cantik untuk berbohong' nie....:P
ReplyDeletetanpa jawapan, perlulah ditanya, kenapa?
ReplyDeletehye gorgeous =)
ReplyDeleteteringat lak zaman skola, time agak boyish,, haha
bila masuk U, dah kurang skit... but still.. lasak =p haha
awat ?
ReplyDelete*jangan tanya kenapa
haha comel je .
ReplyDeleteKita sama. Sebab kawan-kawan semua laki dari kecik. Ada 4 orang abang. langsung tak rasa nak jadi perempuan. Nasib lah masih dikurniakan iman.
ReplyDelete