Tuesday, 14 February 2012

episod 81 : TENTANG SESEORANG

cuba kamu bayangkan situasi ini. kamu pergi mendaki bersama seorang kawan dan teman lelaki kamu. tiba tiba, malang menimpa kalian . kawan dan teman lelaki kamu hampir terjatuh ke gaung. dan diwaktu itu kamu hanya mampu menyelamatkan salah seorang dari mereka. yang mana kamu akan pilih?

sebenarnya sudah banyak kali aku bertanya soalan ini pada kawan kawan aku. mereka lebih memilih untuk menyelamatkan teman lelaki mereka. jadi bila mereka bertanya soalan itu kembali kepada aku, aku akan jawab sama seperti mereka (sedangkan sebenarnya jawapan aku adalah sebaliknya). sedih bukan?

kawan biasa sememangnya mudah untuk diperolehi. tapi istilah kawan baik itu hanya mampu aku berikan kepada seorang gadis ini. beliau, satu satunya kawan baik yang aku pernah ada. 

aku dan beliau belajar di kelas yang sama di sekolah rendah. tapi kami tak pernah bertegur sapa. dia berasal dari keluarga yang agak berada dan aku pula dari keluarga yang biasa sahaja. keluarganya sangat dikenali ramai. dia juga seorang yang pintar. aku pula agak nakal dan bebal.


sehinggalah ketika aku di tahun empat. waktu itu guru kelas kami yang menentukan kedudukan kami di dalam kelas. jadi aku diarahkan untuk duduk disebelah beliau. aku tak tahu kenapa. mungkin cikgu fikir ia akan sedikit banyak mengubah sifat buruk aku. sememangnya aku sangat kekok dengan beliau. cuba kamu bayangkan, aku gemar bermain pemadam. sedangkan beliau gemar membaca buku.


tapi itu semua tak lama. aku tak ingat atas sebab apa, aku dan beliau tiba tiba menjadi rapat. beliau, yang aku sangkakan sangat sopan dan membosankan, sebenarnya sangat gila dan menyeronokkan. beliau banyak memberi dorongan kepada aku sehingga aku rasa belajar itu adalah perkara yang menyeronokkan. aku pula mempengaruhi beliau dengan idea gila yang membuatkan kami selalu gelak tanpa henti setiap hari.


aku dan beliau seumpama tidak dapat dipisahkan. cikgu selalu terkeliru antara kami berdua. katanya muka kami lebih kurang sama. aku selalu dipanggil ke pejabat, dan keluar dengan muka bengang kerana rupanya cikgu mahu jumpa beliau, bukanlah aku. grr.


aku dan beliau berada di sekolah yang sama sehingga lah ke tingkatan empat. akhirnya kami terpisah setelah mendapat tawaran ke sekolah yang berbeza. dia masih di selangor, aku pula harus ke penang. dan tanpa beliau tahu, aku menangis semalaman di hari terakhir kami bersama.

kami hanya mampu berjumpa ketika cuti sekolah. persahabatan kami semakin lama semakin renggang. mungkin disebabkan masing masing punya hal sendiri. kini, kami sudahpun berada di alam universiti. kami mengambil jurusan yang sama tetapi di universiti yang berbeza. aku di uitm dan beliau pula di usm. 

aku menghubungi beliau ketika hari jadi beliau yang lepas. jantung aku seakan terhenti apabila beliau bercerita yang beliau baru disahkan menghidap penyakit saraf. beliau gagal menguruskan kehidupan sendiri. untuk menyikat rambut sendiri pun beliau tidak mampu. aku rasa bersalah. bersalah kerana jarang mengambil tahu tentang dirinya. tapi alhamdulillah, ketika aku melawat beliau di rumahnya, beliau sudahpun bertambah sihat. sudah boleh berjalan dan bertambah berat badan.


bagi aku, beliau tiada ganti. kami tidak mempunyai minat yang sama, tapi masih serasi. kami tidak bercakap soal lelaki sepanjang masa seperti apa yang kawan kawan aku selalu lakukan, tapi kami masih rapat. kami tidak pernah bergaduh walaupun adakalanya aku telah menguji tahap kesabarannya dengan bermacam macam cara. beliau lah, satu satunya orang yang berjaya membuktikan pada aku bahawa kawan baik itu sememangnya wujud. 


tak usah risau. jika kamu hampir terjatuh ke gaung bersama teman lelaki aku, aku sudah pasti akan memilih untuk menyelamatkan kamu, zulaikha zulbahari.



18 comments:

  1. im touched..
    untung si kawan dapat kawan macam kamu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai akk!!!saye rase akk sangat beruntung dapat kawan mcm kak ika.mule2 saye bace teruje nye...dan bile last sekali rupenye org yang akk maksodkan tu kakak kwan saya..saya doakan akak ika akan sembuh walaupon dye agak degil untuk makn ubat hahaha..semoga kalian akan berkawan till jannah

      Delete
    2. Insya-Allah, amin. hihi. ni kawan adik dia yg mana? yana ke? :)

      Delete
  2. Hai ika !! Kalau aku diberi pilihan antara makwe ngan kawan, aku pilih isteri. Makwe bukan isteri lagi ye ye :)

    ReplyDelete
  3. huhu oh squidward
    be my fren :p

    ReplyDelete
  4. yup, itulah yg terbaik.touching plak aku.. sob3

    ReplyDelete
  5. kawan dunia akhirat. insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. tak, kalo aku, aku terjun skali. sekali ngn bf, kawan, bia suma mati. haha. bagus2 teruskan la sikap murni anda. sesungguhnya setiap manusia tiada yg sempurna. meh kita kawen. eh kawan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...