Wednesday, 16 November 2011

episod 43 : KENAPA JADI PELAKON ITU SERONOK?

1. SEBAB DAPAT JADI POLIS WALAUPUN DADA TAK BIDANG DAN TINGGI TAK CUKUP. 


 bukan setakat dapat jadi polis tanpa pakai kabel dalam mahupun kereta kabel, selain itu kita juga boleh jadi dokter dalam sekelip mata. tak perlu nak susah susah belajar sampai 7-8 tahun. ahah. esok lusa boleh berlakon jadi bomba pulak.

2. SEBAB DAPAT MERASA JADI ORANG KAYA. WALAUPUN SEKEJAP.



 boleh berlakon jadi dato' mahupun datin yang kerjanya tak lain tak bukan nak pertahankan harta dengan membunuh orang sesuka hati. lepas tu gelak kuat kuat stail orang kaya. selain tu, boleh juga merasa naik mercedes dan duduk kat rumah banglo yang disewa oleh pihak penerbit dan buat macam rumah sendiri.

3. SEBAB BOLEH BUAT JAHAT TANPA DITANGKAP PIHAK POLIS.

 boleh pegang satu KL ! ahah ! pastu boleh merempit satu kl dan tak kena cekup langsung dengan polis. dan kalau bernasib baik boleh juga berlakon adegan panas lagi hangat sehangat microwave bersama pelakon ala ala bohsia yang jelita lagi seksi dan seksa. pffffffffffffft~

4. SEBAB BOLEH JADI MUDA SELAMANYA.

 umor anda 30? 40? tak usah risau. anda masih boleh jadi budak sekolah menengah mahupun tabika. ahah ! walaupun muka anda dah serupa bapak anak dua ! =..=

5. YANG PALING BEST, BOLEH MERASA KAWEN EMPAT !


inilah yang di idam idamkan oleh setiap lelaki yang alim alim kucing kurap. ahah. dasar jantan miang ! pui !





11 comments:

  1. aku ske yang last sekali tu cik terlalu cantik nuntuk menipu... :P

    ReplyDelete
  2. pilih lh pelakon yang muda sikit jd budak sekolah haha

    ReplyDelete
  3. lawa header bru dia :) ske giler entry ni.hahaha lawak.

    ReplyDelete
  4. @Beckhrooy ahah. tu ah pasal. dalam drama tentang dhia tu ako mustapha jadi budak SPM =..=

    ReplyDelete
  5. Hahaa.. sy paling suka dgn gmbr p'tama.. x ble nk tahan gelak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...