Monday, 24 December 2012

episod 112 : MENCARI MATAHARI.

kadang kadang dalam hidup ni, kita didatangi dengan macam macam benda.

misalnya bila matahari datang, kita mengeluh. panas.


lalu datang sang awan. meredupkan hati kita.


tapi cuma sekejap.


bila malam menjelma, datang pula bulan. cantik.


tapi masih cuma sekejap.


dan di akhirnya nanti kita tersedar.

matahari itu lah yang sebenarnya menyinari dunia kita. 

tak kira malam mahupun siang. 

mendung mahupun panas. 

tetap setia.


aku percaya, semua orang punya matahari masing masing. 


awan dan bulan itu cuma dugaan. 

yang hadirnya sekejap. 

yang hadirnya tak menentu.


suatu saat nanti, pasti ada matahari yang muncul.


matahari yg sentiasa menyinari. sentiasa menemani.

cuma aku mohon. 

jangan pernah aku lupa, matahari itu ciptaan Allah juga. 

tiada taksub, tiada kata puja.


akhir kata, aku menantikan kehadiran kamu wahai matahari.

untuk beberapa tahun lagi.

moga kamu lah yg aku cari. 

untuk menerangi hidup aku, hidup kamu, hidup kita. 

sampai bila bila.


 -TAMAT-


psssssst 1 : salah satu matahari aku ialah, keluarga aku.
psssssst 2 : sejak bila entah aku pandai gubah puisi bagai.

10 comments:

  1. Baru je nyanyi lagu 'Demi Matahari' tup tup ada entri pasal matahari baru publish ;D whuuuu~

    ReplyDelete
  2. pssssst: tiba2 aku teringat lagu matahari yg maya nyanyi tu

    bunga2 matahari~

    ReplyDelete
  3. Woaaa semoga jumpa matahari yang lagi satu

    ReplyDelete
  4. kalau awak dah ambik matahari saya, saya nak amek matahari mana plak? hu3.

    ReplyDelete
  5. Aku berharap, aku tidak menjadi macam orang jepun, sembah matahari. Bijak tapi ada sedikit bangang.BANkami

    ReplyDelete
  6. rindu betul matahari,lama tak jumpa

    ReplyDelete
  7. boleh la tu..nanti boleh buat puisi penuh..:-)


    jemput baca artikel seribupilihan..follow seribupilihan..:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...