Monday, 10 December 2012

episod 110 : EASY TO GET, EASY TO LET GO ALSO LAAA.

aku tak tahu kenapa aku tulis entri ni. ah pedulik lah. teruskan menaip.

sejujurnya, aku cuma pernah bercinta dua kali je seumur hidup aku. itupun lepas umur 18 tahun. aku tak tahu lah engko orang dah bercinta beratus kali atau tak pernah langsung. tapi untuk aku, aku menyesal sebab pernah bercinta. kalau boleh di ulang balik masa, aku tak nak bercinta langsung. aku rasa macam semua ni tak bagus. walaupun aku tak pernah berpegangan tangan sekalipun, aku still rasa bersalah. kenapa hah? (insert muka innocent).


aku mengaku, aku memang mudah nak suka kan orang. aku tak kisah pasal paras rupa, harta, dan sebagainya. as long as ayat lelaki tu manis macam mcflurry, aku akan suka dia. aku rasa, ini salah satu keburukan yang harus aku buang jauh jauh. mungkin lepas ni aku akan filter lelaki tu sampai bertahun tahun, lepas tu baru aku terima dia. 


dan lagi satu, aku juga mudah lupakan orang. berdasarkan dari pengalaman aku yang lepas lepas, aku cuma akan meroyan lepas putus cinta untuk waktu yang singkat. mungkin dalam 2 minggu. atau mungkin 2 hari. aku tak suka kenang barang lepas. as soon as aku dah break up, aku akan delete nombor dia, gambar dia, dan apa saja yang boleh dikaitkan dengan dia. dalam 2 minggu tu, mungkin aku akan menangis sebanyak mungkin. tapi lepas tu, aku jadi okay je. boleh gelak gelak macam tak ada apa apa.


dan setakat ni, aku tak pernah lagi sayangkan seseorang sampai rasa macam nak mati bila dia tak ada. aku tak pernah lagi nak melutut lutut mintak dia balik dengan aku. aku tak pernah lagi tutup hati aku sebab kononnya tak dapat lupakan bekas pakwe. aku bukan macam tu. 


aku tak tahu sama ada aku seorang yang heartless atau playgirl (kejadah apa playgirl bercinta 2 kali je?). untuk orang yang tak kenal aku sangat, mungkin diorang akan anggap aku ni perempuan yang entah apa apa. baru break up, dah suka lelaki lain. lepas suka lelaki lain, boleh pulak putus di tengah jalan.

aku rasa, mungkin sebenarnya aku tak pernah jatuh cinta pun. aku cuma pernah suka kan orang. so, kalau dulu aku pernah cakap "saya sayang awak", itu pastinya satu pembohongan. cinta yang dulunya aku canang canangkan, tak lebih macam cinta monyet budak budak sekolah.



mungkin suatu hari nanti, aku akan sayangkan seseorang walaupun ayat orang tu tak manis langsung. mungkin aku akan rasa nak mati bila dia tak ada. mungkin air mata aku akan mengalir tak henti henti melebihi 2 minggu, dan mungkin juga aku akan melutut supaya dia tak pergi tinggalkan aku. kalau ada ciri ciri sebegitu, dia lah orang yang aku cari cari. makanya, tak perlu lah bercinta bagai. mari kita jumpa tok kadi. hiks.

psssssst : aku harap, bakal suami aku tak baca blog aku. sebab aku malu.






11 comments:

  1. perangai kita macam sama jek :O

    ReplyDelete
  2. bagus :) lelaki bukan bolh dprcyai pun. ayat nk manis je,pnipu je byk ckp tak serupa bkin.

    ReplyDelete
  3. kita bercinta lepas kawen jelah kiki
    eh maksud saya, awak dengan suami awak. muehehe
    manatau esok lusa tup tup ada orang datang meminang awak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, itu la yg saya maukan. hikhik. amin :p

      Delete
  4. Anda Begitu Romantika. Mungkin Cinta Anda Lebih Mendalam Terhadap Barangan Romantika.

    #TragisSungguhKisahCinta

    ReplyDelete
  5. Sekilas pandang, tajuk tu macam "Easy to get, Easy to get lost" Hahaha :D

    ReplyDelete
  6. sama la macam zaman kami muda-muda dulu..
    nangis sat ja..lepas titisan yang last tu..
    boleh p cari yang lain..

    erk!

    ReplyDelete
  7. saya dah 18 tahun, takpernah bercinta jugak lagi.. harap harap stay gitu jela lebih bagus ek? hahahahahaha eh btw, sumpah daebak entry ni! *thumbs up* :D

    ReplyDelete
  8. "aku harap, bakal suami aku tak baca blog aku. sebab aku malu"

    ha3. berderai ketawa baca.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...