Saturday, 8 December 2012

episod 109 : KRUUUKKKK KRAKKKK KRUUUK KRAKKK.

"krukkkk krakkkk krukkk krakkkkk". itu bukan bunyi perut lapar, tapi bunyi aku kunyah ais.

kalau engko orang ketagih dgn kopi, pavlova, cupcake, atau apa saja benda yang cute tapi pelik sampai rasa tak nak makan, aku pulak ketagih dengan ais. maksud aku, bukan ice yang dadah dadah tu. tapi kiub ais.


ketagihan ni bermula sejak aku di tingkatan empat kalau tak silap. waktu tu aku sangat sukakan teh ais. jadinya, hari hari aku beli teh ais. lepas dah sedut semua teh ais tu, tinggal lah ais saja. aku mula terfikir, ruginya kalau nak buang terus. apa kata kalau aku makan dulu ais ni, baru aku buang. haaa. begitulah permulaannya.



sejak tu, aku mula jadi gila. gilakan ais. bila dekat rumah, aku akan pastikan stok ice cube mencukupi untuk dikunyah. kadang kadang dalam sehari aku boleh habiskan satu papan ice cube tu begitu saja. krukkk krakkk krukkk krakkk.



emak aku selalu juga membebel. katanya, kunyah ais ni tak bagus. nanti gigi jadi rongak bila dah tua. persoalannya, sejak bila mak aku jadi dokter gigi? kahkah



diselubungi dengan rasa curiousity yg melampau, aku pun mula lah buat sedikit pembacaan. rupanya apa yang aku alami ni sebenarnya dinamakan sebagai pagophagia. katanya benda ni jadi sebab tak cukup iron dalam diet. jadinya, makanan apa yg kaya dengan iron? mohon pakar nutrisi bagi jawapan sebelum gigi aku jadi rongak semuanya..



akhir kata, aku rasa aku nak berhenti dari makan ais lahh. lagipun aku ada kenal seorang abang hensem yang sangat memberi ispirasi kepada aku. dia cuma minum ice drink sebulan sekali saja. di hari yg biasa, dia minum air biasa, tanpa ais. tabik hormat untuk abang hensem. mohon tempeleng saya kuat kuat kalau nampak saya kunyah ais. hiks.

pssssssst : setelah bertahun terjebak dengan ketagihan ais, baru lah aku tau yang rupanya mak aku selalu kunyah ais waktu mengandungkan aku...... kruukkk krakkk....






18 comments:

  1. Replies
    1. errr..sama la dgn aku..lepas makan, maksud aku kalau time nak bayar, konfem tauke kedai tu kena teka apa yg aku makan based pada isyarat yg aku bagi..sebab time tu mulut aku dah penuh dgn ais..hahaha

      Delete
    2. pehhh. ramai gak eh yg sama geng ngan aku.

      Delete
  2. ha3 serius r makan ice leh rongak ^^

    ReplyDelete
  3. Haha kalau makan ais banyak sangat boleh sampai tahap semput tauuu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ke? ahhhh tetibe sesak napasss. ahhhhhhh :p

      Delete
  4. Haha, awak sama mcm adik pmpn saya. Gigit2 ais. Rindu plak kat dia.

    ReplyDelete
  5. -suka beli teh ais jenis bungkus mcm gambar kat atas tu.. entah, mcm byk je air dia..haha

    -kekadang bila kat kedai mkn, kalau air dalam cawan dh habis, makan lah ais tu.. ^^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. mmg byk pun kalau nak di compare dgn yg dlm cawan :)

      Delete
  6. aku pun ad kwn yg suka mkn ais nie...xtahu cmne nak bentikan kwn aku tu -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila takutkan dia dgn citer gigi rongak.

      Delete
  7. sme mcm kwn sy. mkn ais mcm keropok.haih x bgs utk kesihatan

    ReplyDelete
  8. Lama kita xtwitter... Hai raksasa Hijau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...