Ada beberapa sebab kenapa aku tak mahu kawin terlalu awal. antaranya :
perkara pertama yang mereka selalu tegakkan demi berkahwin awal ialah sebab nak elak maksiat. lulz. bagi aku ini tak masuk akal. bunyinya macam nafsu kau kuat sangat je. pandang awek je, rasa teringin nak ^%#^? tu lah, orang dah kabor dah, jangan tengok video porno byk sgt, kau degil.
2. BELAJAR SAMPAI OTAK BERKARAT
cikgu sekolah rendah pesan, jgn bercinta, tunggu dah besar nnti baru boleh. masuk sekolah menengah pun sama. cikgu kata kat universiti nnti lg banyak pakwe hensem. bila masuk universiti, lecturer kata habiskan belajar sampai degree atau master dulu, sbb nanti bila dah kerja ramai lagi yg hensem hensem. bila dah kerja, mak pulak suruh kerja sampai 2-3 tahun baru boleh kawin. emm emm..
3. KOS HIDUP
zaman dulu, mak mak kita umur 20 tahun dah kawin dah. sebab apa? sebab masa tu diorang tak perlukan qualification yg tinggi pun untuk teruskan hidup. lepas habis spm misalnya, terus kawin. terus bergantung hidup dekat suami. suami kerja kilang pun hidup dah serba okay. sebab apa? sebab masa tu harga barang dapur, susu, pampers anak, semuanya murah lagi.
4. MASA DEPAN
disebabkan zaman ni zaman di mana semua orang is unpredictable, aku rasa elok kalau ambil langkah berjaga jaga. maksud aku di sini, apa guna kalau kawin awal tapi akhirnya bercerai awal juga. kita muda lagi. ilmu di dada pun masih sedikit. cuba bayangkan, engko orang habis spm terus kawin. dan tiba tiba lepas beranak pinak, suami kau ceraikan kau. apa yang kau ada waktu tu untuk bangkit balik? haa sebab tu lah aku pentingkan point no 2. sebagai back up plan untuk diri kau.
5. HANTARAN
ramai lelaki sekeliling aku mengeluh isu hantaran. membuatkan aku rasa nak lempar saja pahar bunga telur ke muka diorang. nak perempuan cantik, educated, pandai masak, tapi bab hantaran kalau boleh nak bagi 50 ringgit je. Lulz. kau nak kawin dengan anak orang, bukan anak orang utan. aku rasa kos nak sara seekor anak orang utan pun boleh tahan mahal juga. jadinya, kalau tak cukup duit, tak usah kawin.
6. RESEPSI
majlis resepsi ni sememangnya menjadi idaman semua perempuan. nak ala garden lah arab lah ape lah. tapi jadi mengarut kalau sampai berpuluh ribu duit kau habis. pesen nak pakai fresh flowers la bagai, lepas tu buang. tapi kan, emmm emm, kalau jodoh kau anak dato' misalnya, why not? boleh masuk rancangan nona.
7. TANGGUNGJAWAB
aku tak tahu lah aku je ke yang fikir macam ni atau orang lain pun ada terfikir jugak. seriusnya, aku memang takut memikirkan isu tanggungjawab lepas bergelar isteri orang. kena bangun awal dari suami, sediakan sarapan, gosokkan baju, balik lewat macam mana pun kena masak dinner juga, tidur lagi lambat dari suami. gulp. menakutkan. masa muda aku akan hilang begitu saja. mungkin muka aku akan jadi lagi tua dari yang sepatutnya. tu belum masuk soal nak mengandung lagi. gulp gulp!
8. HARTA
aku rasa agak tak seronok kalau kawin muda, tapi apapun tak ada. lepas kawin, menumpang duduk rumah pak mentua. kereta tak ada, naik motor saja. anak dah 3 orang pun masih naik motor lagi. bagi aku, kalau lelaki tu betul betul bertanggungjawab, dia akan pastikan semua kelengkapan asas tu cukup, barulah dia berani nak meminang anak orang. tak gittew?
9. AGAMA
tak habis habis perempuan duk sebut pasal bakal imam lah, tulang rusuk lah. lelaki pulak entah dari mana terus muncul dan mengaku dirinya sebagai imam muda yang pandai bertaranum, masak tulang rusuk dan sebagainya. masalahnya sekarang ni, diorang masih bersekolah lagi. bawak bawak lah bukak buku. jangan asyik nak baca blog kakak kakak yang kawin muda ni eh. dalam exam nanti tak ada pun tanya pasal dena baharin mahupun irene nadia.
10. MAINSTREAM SANGAT
kawin awal mainstream sangat. apa kata kita kawin umur 40 lepas tu post dekat blog? barulah terasa hipsternya.
psssssssst 1 : kalau ada lelaki yg dah cukup serba serbi dan sanggup tanggung kos belajar aku, aku pun nak kawin muda jugak.
psssssssst 2 : again, aku harap bakal suami aku tak baca blog aku. kang tak pasal pasal dia pinang aku waktu umur 40 pulak kang. nahas aku.
Blajar la dulu rajin2... Ingt lepas kawen duit si suami sorang tu mampu ke nak tanggung satu keluarga? Dengan ekonomi sekarang ni, akan datang...memang si isteri kalau jadi suri rumah pun...kena pegang ijazah sekeping agaknya. Back up.
ReplyDeleteKot2 la suami eksiden terlantar,koma setahun..anak-anak nak makan ape?tak gitu? eh, panjang la plop.
*angguk angguk*
Delete3..
ReplyDeletebang, bawak pelan pelan bang. sayang dah nak terjatuh dah ni..
ReplyDeletekahkahkah..aku rasa macam nak tumbuk jer suami dia..
Hahahhaha. mmg ada kot yg mcm tu. pernah nampak masa jalan jalan.
DeletePerempuan ada sijil pelajarn yg sgt tinggi melangit pun boleh bt org tkt nk msuk meminang tau. tak sama level, tak sekufu.
ReplyDeletebuang pemikiran mcm tu. kalau rasa tak sekufu, tingkatkan prestasi. lepas spm, sambung lah belajar lagi. tak ada siapa yg wajibkan lelaki kerja awal dan abaikan pelajaran.
Deleteisteri kena jadi seorang yang bijak!
ReplyDeletesenyum sorang2 bace post kamu nih.
vote for No 2!
yayayy! no 2 is the basis!
DeleteJangan terlalu byk risau..kahwin xsemestinya bergantung pd duit..apa yg penting, hepi dlm stiap stuasi.BANkami
ReplyDeletetak ada duit tak happy.
Deletealaaa, org zmn dlu relax jer xder duit. yg penting pandai sesuaikn diri.
Deleteawak tak baca point ni 3 ke? penat saya explain :(
DeleteSetuju2. Sekarang ni budak2 beringus semua dok berkapel. Tak paham akuh. Pastu bersweet2 kat fb or twitter. Bukannya tak boleh, tapi tapi kalau form1 pun dah mcm tu, spm nanti ke mana. Adeh macam2 oh budak sekarang ._.
ReplyDeletebetul betul. social network ni mcm menggalakkan diorang ke arah yg lebih teruk
Deletelol!
ReplyDeletePart belajar sampai berkarat tu gua suka, mmg samalah stail cikgu dimana2, kahkah! Eksheli semua point pun gua suka. Cayalah, lu mmg blogger pempuan pojaan gua
ReplyDeletetenkiu! *pelok*
Deleteno 10 tu bahagia betul. Terserlah keindahan cintanyaa.
ReplyDeletehehe..setuju dgn admin..klu ada lelaki yg dah cukup serba serbi,boleh tanggung belajar sekali,saya pon nak kawin muda..sape tak nak kan..:-)
ReplyDeletesuka bca post awk ni,lg2 tang yg kartun tu comel laaa,yg pnting pnympaian tu smpai ke readers ☺
ReplyDelete