Sunday 16 December 2012

episod 111 : TIPS KURUS DARI AKU YANG TAK BERAPA NAK KURUS.

1. MAKAN DALAM PORTION YANG SIKIT.

disebabkan aku bukanlah seorang hamba yang mampu menahan lapar dan dahaga demi mengempiskan perut, makanya, inilah jalan terbaik buat aku. aku masih makan makanan yang aku suka (ayam goreng, sate, atau apa saja yang boleh menggemukkan), tapi dalam portion yang sikit.



2. BUAT SENAMAN RINGAN.

aku juga bukanlah dikenali sebagai seorang yang suka bersukan. so, inisiatif yang aku ambil ialah, banyakkan berjalan kaki, naik turun tangga, dan kurangkan penggunaan lift. percayalah, berkesan. tak perlu pun jogging jauh jauh atau main sukan ekstrem. cuma buat amalan seharian, in an extreme way. misalnya, jalan tu biar laju sikit. naik tangga pun sama. ini lagi bagus sebab senang untuk maintainkan rutin. berbanding dengan sukan ekstrem, sekali je kita berhenti, kemungkinan untuk bertambah lemak badan adalah sgt tinggi.


3. JANGAN MAKAN LEWAT MALAM.

aku disiplinkan diri aku supaya jangan makan lepas waktu maghrib. so, sebelum maghrib, makanlah apa yang patut. aku rasa benda ni berkesan lah jugak. sebab kalau aku makan pukul 8 misalnya, aku akan jadi mengantuk, tak ada mood nak study, dan seterusnya tidur. makin bertambah lah lemak kan. not good bebeh, not good...


4. MAKAN BANYAK BUAH BUAHAN DAN SAYURAN.

petua ni jadi agak tak konsisten bila aku dekat kampus. sebab dekat kampus ni buahnya entah apa apa. sayur apatah lagi. macam dah layu gila dah aku tengok. tapi untuk orang yang mudah dapatkan benda ni, baguslah. makan banyak banyak. gantikan tabiat makan jajan dgn makan buah buahan.


5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG.

kurangkan minum air sejuk. lebihkan minum air suam. bagus untuk mengurangkan masalah perut buncit tau yu olls. besides, kulit jadi makin cantik jugak bila minum air secukupnya! flawless gittew! tapi jangan minum air banyak sangat masa dah nak tido. nanti sembap pulak mata yu olls tu.


sekian, itu je kot tips dari aku. aku tak jamin pun boleh jadi langsing mcm megan fox lepas pakai tips ni. tapi untuk kekalkan dan seimbangkan berat badan, memang sangat berguna. tak perlulah seksa diri sendiri sampai nampak macam tulang. tak cantik tau yu olss. not good! not good!

tips ni jugak tak perlu pakai banyak wang ringgit. lagi menjimatkan ade lah kot (sebab bila portion makan jadi sikit, harga yang di cas oleh mak cik kafe pun berkurang). hiks. tak perlu dah makan produk pelangsingan yang mahal nak mampus tu. lepas tu terberak berak. kahkah!

psssssst : masalahnya, program kurus aku jadi berterabur bila datangnya cuti semester.... not good.. not good..


17 comments:

  1. aku tengok DP kau macam banyak je makanan :O . not good not good kahkah

    ReplyDelete
  2. haha.. apsal aku yang kurus ni pon tetiba nak baca.
    btw, naik tangga tu aku rasa betul kot. paling simple.

    ReplyDelete
  3. err..aku baru jer lepas makan..good..good..

    ReplyDelete
  4. good tips..good tips hehe

    ReplyDelete
  5. Mohon wujudkan entri 'tips tambah berat badan'

    ReplyDelete
  6. ahhh gua nk gemuk nk gemuk nk gemukkkk, *dush2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...