Tuesday 22 November 2011

episod 44 : BILA DAH MENANG, SEMUA NAK MENGAUM.

aku adalah peminat tegar sukan bola sepak walaupun aku seorang yang kaki bangku dan tak pernah lagi menyepak mana mana bola mahupun menyepak orang.


hidup ini bagai roda. ada jatuh ada naik. begitu jugalah nasib si pemain bola. ada gol, disanjung, tak ada gol, dimaki.



jersi Malaysia tak laku di pasar mahupun di shopping complex. "perasaan malu membuak buak tatkala menyarungkan jersi kuning itu", kata salah seorang rakyat Malaysia yang bermulut longkang.


tapi aku tidak seperti mereka. aku masih lagi menyarung jersi kuning yang dianggap mempunyai badi itu. malah aku dengan sepantas kilat membeli jersi terbaru keluaran pasar lambak yang berbaloi baloi harganya.


tahun demi tahun, nama Malaysia mula melonjak naik. aku mendada bangga setiap kali menyelak bahagian sukan pada surat khabar yang memuji skuad Malaysia setinggi langit.


tapi masih lagi kedengaran suara suara sumbang yang mencaci skuad kegemaran ku itu. mahu saja aku membuat tendangan penalti tepat ke kepala mereka. 



tapi apalah sangat cacian dan kutukan dari mereka yang belom tentu pandai menyepak bola itu. skuad Malaysia berjaya juga mengharumkan nama Malaysia sewangi one drop perfume.


dan waktu itu suara suara sumbing telah pun bertukar menjadi suara harimau mengaum secara tiba tiba.


aku pulak yang terasa macam pffft ! tak payah nak mengaum sangat lah ! =..=



pssssssssst : kebanyakan rakyat Malaysia hanya akan berada di sisi skuad Malaysia apabila skuad Malaysia  menang. itulah realitinya.


2 comments:

  1. tak minta tgk bola tp still ambk tahu tp bengang seyh dgn org yg kutuk negara sendiri main.haih. apepn keburukan simpan sendiri sudah la kan. dh menang bru nak bangga. haktuih la.hahha emo plak.

    ReplyDelete
  2. @Rosalia betol ! menyampah dgn org mcm ni =..=

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...