Thursday 3 November 2011

episod 38 : BUAT JAHAT JANGAN SEKALI. BUAT LAH BANYAK KALI.

ini aku. aku suka borak dalam kelas. lagi lagi bila ustazah yang juga merupakan guru kelas aku takde atas sebab sebab tertentu. masa tulah aku akan ketawa mengilai. pontianak pown tak mengilai macam aku.


tapi biasalah. macam orang tua selalu cakap, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis. nama aku dan geng ketawa mengilai akhirnya terpampang kat papan hitam.



dan dalam sekelip mata kegembiraan kami diragut begitu sahaja. denda yang dasat dijatuhkan keatas kami.


penyepit baju yang sepatutnya bertugas menolong ibu menghalang kain sidaian daripada diterbangkan oleh sang angin telah digunakan untuk menyepit telinga kami yang masih suci murni ini.


kami juga dipaksa berjalan seperti itik. sedangkan kami tak pernah pun nampak itik meniru cara kami berjalan. mujurlah disekolah tiada seekor itik pown yang wujud untuk menyaksikan kejatuhan maruah kami.


kami juga pernah ditahan di sekolah dan disuruh balik lewat. sedangkan supermak kami selalu pesan suruh balek awal. maka kami telah pun menjadi anak durhaka kerana tak patuh cakap emak. ahah.


setelah diseksa berhari hari, maka aku telah membuat keputusan drastik untuk bertaubat. tiada lagi gelak tawa yang mengilai. yang ada hanyalah muka buruk aku yang duduk terdiam disudut kelas.

tapi hari tak selalu cerah. nama aku masih terpampang juga dipapan hitam. aku keliru dan bingung. apa salah aku? adakah muka buruk aku terlalu menjengkelkan sehingga nama ku terus dicatit walaupun aku hanya berdiam diri hari ini? persoalan yang bertubi tubi ini telah memaksa aku untuk bersemuka dengan ketua kelas aku.



danggggggggggg ! aku jatuh tersungkur selepas mendengar jawapan tak munasabah dari ketua kelas aku itu. mahu saja aku ketuk kepalanya. namun ianya mustahil. sebab dia jauh lagi tinggi dari aku.

disebabkan terlalu kecewa kerana perubahan diri ku tak dihargai, aku kembali mengilai ngilai dalam kelas sepanjang tahun itu.

-TAMAT-




pssssssssssssst : cerita ini berdasarkan kisah benar. 



16 comments:

  1. ahahahaha... last tu lawak... adehhh!!! :)

    ReplyDelete
  2. haha. see see kitew dah sakap awak kreatip. bile kita tak fikir macam orang lain kite senang dapat perhatian. sikit lagi pollower nak cecah seratus. entri ni sangat kelakar :P

    ReplyDelete
  3. bwahahahahahahahaha! dia balas dendam ke hape tu? tak baik betul lah.

    ReplyDelete
  4. @Zme Ahmad Shahruddin hee. yeah. mekaseh. nasihat anda sgt bergune (':

    ReplyDelete
  5. kih3..bleh plak mcm tuu..hehee...

    ReplyDelete
  6. sejak peristiwa tu,,mesti jadi hot kat skolah an...heheh

    ReplyDelete
  7. heh, muka kerek ketua kelas taboleh belahh...;p

    ReplyDelete
  8. haha..selalu kena jugak denda macm ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...