Wednesday 2 November 2011

episod 37 : BLOG RETIS.

ASSALAMUALAIKUM and HELLO.
jawab lah kalau sayang aku. AHAH !
sejak dua tiga hari ni kepale otak aku kering betul. langsung tak de idea nak tulis entri baru. nak je aku hempuk kepale ni kat dinding. tapi tak perlu rasenye. sebab semalam secara tak sengaje aku dah terhantuk kat dinding bilik. perasaan nya sgt nice sekali =..=

sejak dua tiga hari ni jugak aku dah banyak berkunjung ke blog retis, walaupon aku tau kunjungan tu takkan terbalas oleh si tuan blog. KAHKAH. macam macam jenis blog yang aku jumpa. antaranya :

1. BELOG BUDAK ALA2 RETIS SEBENAR.

blogger yang macam ni memang sedap mata memandang. tapi sayang, aku bukan lah lelaki. so automatically aku tak teruja sgt pun tengok gambar yang penuh kat sidebar tu. HAHAH. untung la kan muka lawa. kalau muka macam aku ni, letak satu gambar pon dah cukop. kang letak banyak2 kang orang muntah pulek. AHAH ! 

blogger yang ni mostly suka cerita pasal apa yang diorang lalui hari hari. lebih kurang macam diari lah kut. aku penah berangan jugak nak tinggalkan komen kat salah satu entri blog retis ni. tapi akhirnye aku batalkan. sebab aku tengok blogger tu tak reply sepatah haram pun komen dari follower dia. serius, perasaan komen yang tak direply sama macam perasan bila text orang yang kita suka tapi tak dilayan. ala ala FRUST gitu.

2. BLOG MAKI HAMUN.




ada juga blog yang macam ni. aku berani singgah je. tak berani nak komen pape. takot kene sembur dengan
ayat pedas diorang nanti. sumpah pedas kot. masak lemak cili api kat kuale pilah pown tak pedas macam tu. hah ! ade je yang tak kene pada mata diorang. entah lah. bagi aku, suka hati orang tu lah nak buat blog macam mana. kalau tak suka, tak payah follow. bukan susah pun. lagipun tak baik meraih populariti dengan mengaibkan orang lain. ehem. okay dah cukup ceramah hari ni  =..=

3. BLOG TRUE LOVE


blog yang ni banyak nye dari golongan pempuan yang masih mude dan kiut miut. blog tu gerenti penoh dengan
muke dia ngan boipreng dia. ditambah pulak dengan lagu jiwang yang menyambut kedatangan kite setiap kali kite bukak blog dia. errr. kadang kadang best jugak bace blog macam ni. ade rase macam tengok drama la jugak. tapi terase pelik bile bace blog budak yang asek tuka boipreng. kejap jadi ILOVEYOUALI.BLOGSPOT.COM. pastu next week dah jadi ILOVEYOUABU.BLOGSPOT.COM. rase mcam sia sia je bace =..=

4. BLOG SANTAI MACAM TEPI PANTAI.


antara keempat empat blog kat atas, blog ni lah yang aku paling selalu jenguk. stail penulisan dia memang sempoi gila. aku paling suka bila diorang buat entri yang aku rase sgt menusuk dalam jantung. cara diorang sampaikan selalunya dalam nada lawak, tapi penuh dengan unsur nasihat. membuat kan aku terangguk angguk banyak kali. blogger macam ni mmg aku tabik habis. 


and lastly aku tak tau pown aku tergolong dalam golongan yang mana. lagipun aku baru je berblog secara serius mius. sebelum ni aku punya blog punya lah penuh dengan sarang labah labah. AHAH. dan setakat ni aku cuma sempat temu ramah sorang je blogger retis. aku tanya dia, MACAM MANA NAK JADI BLOGGER RETIS? and dia jawab , THINK DIFFERENT. pehh. jawapan yang tepat padat dan mutakhir. time kaseh abang BLOGGER RETIS. k bye :P

6 comments:

  1. ahaha. last-last klik tengok-tengok keluar blog sendiri. uyoooooooo macehhhhh :PPP

    ReplyDelete
  2. kah kah kah.. kelakar weh~!!
    pandai doe.. buat lawak :DD

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. zme : same same :D

    apis : mekaseh :P

    ReplyDelete
  5. hahahhah styleee! sy ponn suke number 4 jugak! ngehehee sempoii~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...