Thursday 26 January 2012

episod 65 : HIDUP JANGAN MEMBABI BUTA.

jika kalian masih mempunyai otak, kalian tidak akan melakukan perkara perkara seperti di bawah ;

1. MENYEBARKAN KHABAR ANGIN KENCANG. 


dalam minyak masak ada babi, cuci tepung guna klorok, blablabla.. tahukah kamu akan kesahihan berita itu? tahukah kamu, bila kamu menyebarkan khabar angin sebegitu, aku merasa was was dengan makanan tersebut? dan bila sudah was was, ia tidak boleh dimakan lagi. menyedihkan. sebab ia sedap. dan lagi menyedihkan bila dapat tahu rupanya ia cuma khabar angin palsu. lain kali, jangan cuma baca, dengar dan angguk ! tapi baca, teliti, dan kaji ! buduh.

2. TERSALAH AMBIL PEDOMAN.


seterusnya. fenomena ustaz azhar idrus. dia memang bagus. dalam ceramah, ada jenaka. tapi sayang, kadangkala jenaka nya sahaja yang diambil, pengisiannya tidak. ramai dari kamu cuma tertarik tentang isu anak dara, isu masuk bilik tutup lampu dan blablabla. isu lain, kamu tidak minat. 

3. WASIAT BERANTAI RANTAI


ini namanya wasiat bawa sial. kalau kamu dapat, sila jangan sebarkan. jika tidak, kamu juga akan menjadi sial seperti pereka wasiat tersebut.

4. SELAMANYA ARTIS.


yang paling dibenci, isu artis metis. tahukah kamu, kamu sedang melakukan perkara yang sia sia? mengambil tahu tentang seseorang yang tidak pernah mengambil tahu tentang kamu? iyaaa, buang masa. artis itu tidak kenal kamu. tak perlulah kamu bercerita tentang dia 24 jam.

5. KETAKSUBAN FREEMASON.


dan yang terakhir, isu iluminati, freemason, dan blablabla. bintang, segitiga, bunga raya, dan tak lupa juga burung hantu dipersalahkan. kamon lah, Allah bagi akal untuk berfikir tentang kekuasaannya, bukan untuk mengkaji dan menghafal simbol freemason, asal usul freemason dan blablabla. kejadah betul kamu ni !

pssssssst : siapa terasa padan muka.



12 comments:

  1. Tapi kan hat rantai burung hantu tu rasanya memang tak boleh pakai. Sebab tu dah melambang kan benda hidup. Orang Islam tak boleh simpan patung etc yg menyerupai benda hidup. Bila tak boleh simpan maknanya tak boleh pakai ler~

    ReplyDelete
  2. typikal meleis la katakan.... fana"taik". yeay!

    ReplyDelete
  3. btl2 sometimes org sje nak buat cerita.haih

    ReplyDelete
  4. shag : haa. yg tu mmg betul. ustaz pun kata tak elok pakai rantai tu.

    yong : hahaha. fanataik? word baru :D

    rosalia : ha ah. dah byk sgt sekarang ni =..=

    ReplyDelete
  5. kawan aku kena sedap nye ngan mentor coz up-too-date sgt ngan berita retis korea..
    "kamu dapt komisyen ke carik brite pasal diorg,hah"..uii...

    ReplyDelete
  6. hmm betol2, khabar angin banyak
    sbb nak jatuhkan sesuatu pihak.
    tapi burung hantu tu betol tkleh pakaikan,
    sbb berupa benda hidup.
    syok entry awk ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupyup. yang burung hantu tu mmg tak elok. hehe. mekaceh :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...