Friday, 27 January 2012

episod 68 : TUTORIAL MELUPAKAN PAKWE MAHUPUN MAKWE.


"when your ex asks if you can still be friends right after a break up, its the same thing as having a kidnapper telling you to keep in touch".


pernahkah kamu ditinggalkan? ditipu? dicurangi? tapi masih susah nak buang muka dia dari kepala otak kamu? tak usah risau. di bawah ada jalan penyelesaiannya ;



1. TAK PERLU BUAT PANGGILAN DI HANDPHONEKU -SLEEQ


perkara yang paling penting ialah handphone. waktu mula mula break up, gerenti kamu akan dipujuk balik atau menunggu untuk dipujuk tapi tak dipujuk pujuk. jadi apa yang kamu perlu buat ialah matikan sahaja telefon. boleh juga block nombor beliau. atau lebih afdal, tukar saja sim baru.


2. SEMUA KISAH PASTI ADA AKHIR YANG HARUS DILALUI -ADABAND


jika kamu seorang yang baik dan sopan, pulangkan kembali semua pemberian dari beliau. jika kamu terlalu geram dengan beliau, bakar saja pemberian beliau. dan jika kamu mahu dapat pahala, kamu boleh dermakannya kepada orang lain.


3. HANCUR HATIKU MENGENANG DIKAU -ADIFASHLA.


elakkan bertemu dengan beliau sama ada di dunia realiti mahupun dunia maya. jika boleh, unfriend atau block sahaja beliau. aku pasti, kalau kamu tidak buat begitu, kamu pasti akan stalk profile beliau setiap hari. dan kamu pasti sedih bagai nak mati bila beliau sudah ada relationship baru.


4. BERAKHIRLAH SUDAH SEMUA KISAH INI DAN JANGAN KAU TANGISI LAGI -KERISPATIH.


seteleh selesai melaksanakan ketiga tiga langkah di atas, kamu perlulah berhenti menangis. dapatkan tidur yang cukup, dan jangan tonton drama atau filem yang sedih. tidak perlu lagi menangis untuk seseorang yang tak menghargai kamu.


4. MAKA TAK PERLU KAU SUSAH HATI, BANYAK LELAKI YANG BISA KAU PILIH -ALIFFSATAR


kemudian kamu boleh cuba mencari jodoh atau teman tapi mesra. serius, kehadiran seseorang itu sedikit banyak akan membantu kamu melupakan kisah lama. mulakanlah hidup baru.


5. MASIH BANYAK TEMAN TEMANKU DISINI MENEMANIKU -SHADEN


jika hati kamu masih trauma, kamu perlu lupakan soal cinta buat seketika. luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan kawan kawan. lebih afdal jika kamu bergaul dengan kawan yang single juga. kerana mereka lebih memahami.


6. MAAFKANLAH BILA HATI TAK SEMPURNA MENCINTAIMU YA ALLAH -OPICK 


dan yang paling penting, kamu harus redha dengan ketentuan Tuhan. anggap ini semua ujian. apa yang beliau lakukan terhadap kamu, pasti akan berulang kembali kepada beliau satu hari nanti. dan percayalah, Allah sudah sediakan seseorang yang jauh lebih baik dari beliau untuk kamu :)


pssssssst : entri ini dibuat sambil mendengar lagu "bila rasaku ini rasamu-kerispatih". dan tiba tiba aku taching. 


32 comments:

  1. tinggi 163cm? saya menanglah gamaknya 173+ :P

    ReplyDelete
  2. memang tak ada lelaki yang lebih baik. *ahaha -..-''

    ReplyDelete
  3. hahaha suka2!! besttt sgt.. n so true...

    ReplyDelete
  4. Pergh siap ade tutorial lagi tu.. Haha : DD

    ReplyDelete
  5. hehehe..good job dear ^^
    i like this entry :)

    ReplyDelete
  6. this entry is awesome..i like...gud job sweetie:)

    ReplyDelete
  7. xaci...gmbr tu gmbr laki...mana aci laki jer...kena buat both...hahahahaha...raksasa.

    ReplyDelete
  8. mana aci, gmbr boy jer...kena ad pompuan skali...haahahhaa...raksasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi encik naga. komen sampai 2 kali.

      Delete
    2. semangat lebih la cik raksasa...tgk cik raksasa kreatif merapu...hahahhaa...

      Delete
  9. lupekan semua kenangan. jangan duduk sorang2. nanti meleleh air mata. hehe

    ReplyDelete
  10. seriously. entry ini sangat cute dan best. hee :D

    ReplyDelete
  11. kalau

    melupakan org yang kita suka pulak camne??

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. suke sape lettew :P

      ahaa. caranya lebih kurang macam yang ni kot. mungkin lagi senang.

      Delete
  12. hehehehehehe a very funny entry... lol

    btw I've just voted fot you on Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012
    all the best ya

    Plsss vote for me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye.. tankiuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  13. nice entry..dah pakar nampaknya dlm bidg2 cm ni yerk..^_^

    ReplyDelete
  14. hehe..kreatif2

    btw.. I just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012

    Plsssss vote for me for "Most Funniest Blog" http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=23 "click vote di link http://lzulxocraxme.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. ko punye hotak, memg cool ah.. creative dan sgt berinovasi.. oleh itu,kau buleh jadi model cogan fakulti aku..keh3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...