Wednesday, 25 January 2012

episod 64 : SIAPA BENCI SUKAN, SILA ANGKAT TANGAN.


sejak aku tabika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan seterusnya ke universiti, atau mungkin juga dalam seumur hidup aku, aku tak pernah berminat dengan sukan. iyaa, aku tau sukan itu menyihatkan. tak perlu kalian berceramah kepadaku.

waktu sekolah rendah, aku cuma melibatkan diri dalam acara yang ringan ringan. contohnya macam bawa bola dalam sudu, isi air dalam botol, dan blablabla. waktu di sekolah menengah pula, kebencian aku terhadap sukan semakin meluap meluap. kadangkala aku ponteng sukan. dan kadangkala juga aku menyamar sebagai ahli persatuan bulan sabit merah yang dikecualikan dari sebarang acara sukan.


merentas desa adalah acara tahunan yang paling aku benci. sudah lah jauh beribu batu, laluan yang disediakan pula selalunya penuh dengan tahi lembu. bau nya masih lagi menghantui aku hingga ke hari ini. 


seumur hidup aku, cuma sekali aku pernah mengecap kejayaan dalam merentas desa. kejayaan mendapatkan 1 mata....sahaja....



 adik aku juga begitu. setiap kali pulang dari apa apa acara sukan, dia akan mengeluh panjang...


dan seperti biasaa, aku akan berceramah sambil memberikan semangat kepada beliau. tak lupa juga, bercerita mengenai kejayaan lampau aku.


sehinggalah...



CIS ! AKU LAGI LEMBAP RUPANYA !!!!!!!!!!!!!!!!

8 comments:

  1. HAHA. Shag suka merentas desa. Sukan tu Shag memang pilih sukan yg duduk dalam dewan ke, aircond ke - Boling, Badminton memang layan sebab tak kena panas matahari :P

    ReplyDelete
  2. hahaha... patut lah si adik semput kan? hak3

    ReplyDelete
  3. Ehh.. Sama lah kite pon slalu dapat 1 mata je utk merentas desa.. Hahhaa

    ReplyDelete
  4. shag : haha. saya suka main chess :D

    yong : hehe. satu family tak terer sukan =..=

    apis : eh eh. satu geng la kite :P

    ReplyDelete
  5. satu mata tu kira kembang hidong dah tu

    ReplyDelete
  6. Kreatif betul Miss Raksasa nih...Aritu mkn Biskut. Ni lumba Lari...Salute Sama Lu Raksasa...huahuahua

    ReplyDelete
  7. hahhahahh. aku makan kau kang :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...