Friday 20 January 2012

episod 63 : MENCARUT ITU TAK SALAH.

beberapa hari yang lepas, aku seperti biasa mengonlinekan diri di pesbuk. waktu itu waktu malam. aku tak ingat jam berapa. tapi sudah agak lewat.

waktu itu juga anak puan salmah dan encik zulkifli yang ketiga masih belum tidur. kami panggil dia baby, walaupun umur dia sudah 14 tahun. hmm. mungkin kami masih belum dapat menerima kenyataan bahawa dia sudah besar. maksud aku, sangat besar.

sewaktu aku sedang leka mengonlinekan diri, tiba tiba aku terpandang sesuatu yang aneh. muka baby ada di list IM. sedang online. sangat aneh. aku yakin beliau tidak online pada waktu itu. sebab broadband beliau masih belum dibayar. dan aku semakin yakin bila aku dapati beliau sedang sibuk melepaskan apa yang perlu didalam tandas.

sekeluarnya beliau dari tandas, aku segera memanggilnya dengan nada cemas.

"baby !!! ada orang guna pesbuk kauuuuu !!!!!!!!

beliau jadi gelabah. ahh. aku pun gelabah. siapa yang hack pesbuk adik aku nih? lalu aku dengan ramah mesra memberanikan diri untuk menegur si penggodam itu.



tiada balasan dari beliau. mungkin kerana bahasa aku agak kasar. hmmm. tapi tak apa. mencarut pada orang jahat, tak apa. kan?

beberapa minit kemudian, aku logout dan cuba login ke pesbuk adik aku pula. saja. nak juga tahu apa yang beliau buat dengan pesbuk adik aku. tapi malangnya, si penggodam durjana itu telah menukar kata laluan. dan sekarang dia memang betul betul cilakak.

jadi aku terus membuka email adik aku dan menukar kembali password beliau dari situ. waktu itu aku yakin, si penggodam sudah menggodam email adik aku juga. tapi tak mengapa. aku mahu lihat apa reaksi beliau.

dan seperti yang dijangkakan, keesokan harinya, pesbuk adik aku diganggu lagi. kali ini account dia terus di locked oleh si penggodam yang tidak ada kerja. jadi kami tiada pilihan lain. email baru dibuat. dan selepas menggunakan email baru, pesbuk beliau tiada lagi gangguan makhluk perosak itu.

pengajaran yang kalian harus ambil tahu :

1. hidekan email kalian dibahagian info.
2. jangan guna no IC sebagai password email mahupun pesbuk.
3. jangan beri no IC walaupun pada kawan baik sendiri.

yaa, adik aku telah melakukan kecuaian seperti yang tertera di atas. semoga kalian tidak terkena seperti beliau. bai.


12 comments:

  1. mencarut p tempat yg betol tak salah..eheheh..

    asal skrg orang suka hack,dh mcm makan coklat hack ja..

    ReplyDelete
  2. ehehe. mencarut mmg tak salah :D

    ReplyDelete
  3. kahkah. habis la hacker kene carut dgn sume org XD

    ReplyDelete
  4. erkkk alamak kena bt spt diaatas

    ReplyDelete
  5. memang tak salah mencarut gitu..haha

    ReplyDelete
  6. raksasa ni selalu mengamuk...ahahahaha

    ReplyDelete
  7. jgn bagi no ic kt mmber..penting tu sebab dorg bile2 mase boleh tgk result korang..ahaaha

    ReplyDelete
  8. eh?saye pun anak mak salmah and anak pak zulkifli..heeee

    ReplyDelete
  9. Husna cute ! tu pasal hacker tu hack FB die~ atau mungkin hacker tu minat husna kot~ papepon , perkara cenggini memang bahaya! ;D

    ReplyDelete
  10. husna cute sangat!tu pasal hacker hack FB die~ memang kureng punye penggodam,.. tak tau nak buat acc FB,pegi hack FB orang~ sangat 'pandai'!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...