Friday 13 January 2012

episod 61 : MASA KECIK DULU AKU SUKA TENGOK CERITA HINDUSTAN.


beberapa hari yang lepas, 

aku terbaca status facebook yang agak menarik.

status yang berbunyi lebih kurang begini,

"bila ditengok balik, korean entertainment bukan sekadar fun sahaja. dia promote dia punya country, in a way. malaysia? hmm."

sejak bila status ada bunyi? kahkah.

back to the point, yaa, aku sangat setuju dengan kenyataan beliau. 

tapi aku tak komen apa apa. sebab ada wajah pengomen yang tak berapa aku gemar di situ -,-

dan aku juga jarang meluangkan masa menonton drama melayu. 

sila fahamkan ayat aku. 

jarang tu tak bermaksud aku tak tengok langsung. 

okay? kalau faham cepat angguk.

jadi tadi selepas makan sotong goreng tepung dalam jumlah yang agak banyak, aku tiba tiba jadi baik hati. 

aku nak tengok drama melayu lah malam ni.

kebetulan pula masa tu drama dingin lavenda baru mula.

yaa, itulah motif aku tempekkan gambarnya di atas sana.

lagu permulaan drama ini mula berkumandang,

~aku....
inginkan dirimu...
datang...
dan temui aku....~
.
ini lagu dadali. lagu indon.

haruslah aku tau.

sebab itu lagu kegemaran mak aku.

okay. dah habis lagu.

cerita pun bermula.

aku jangkakan aku akan nampak sawah dalam cerita ni.

tapi tidak.

latar tempatnya macam dekat oversea.

aku tak tahu dimana.

sebab aku baru tengok hari ni.

tapi tak apa, tak perlu bagitahu aku.

ehem. berbalik pada cerita.

tiba tiba muncul adegan sedih.

adegan sedih itu diiringi muzik latar yang agak sedih juga.

hmm. macam..macam pernah ku dengar muzik ini.

"ini soundtrack sorry i love you kan?", kata adik ku tiba tiba. dia mmg handal tentang cerita korea.

ouh. 

tak apa. aku terus menonton.

muncul babak sedih lagi.

aku tak sedih pun.

kali ni muzik lain pula.

"ni muzik cerita apa by?", aku terus tanya adik aku. tak tahan nak fikir.

"ini muzik cerita full house".

ouh.

aku terus bangun dari kerusi.

dan berjalan masuk ke bilik.

serius.

aku langsung tak faham.

dari lagu intro, latar tempat, lagu latar, dan lagu latar lagi..

aku mmg tak faham.

dimana "melayu"nya drama itu? -,-



psssssst : tiba tiba aku rasa nak ambil bidang perfileman. kau rasa?






7 comments:

  1. huhu betul gak, drama melayu tak buat identiti sendiri ^^

    ReplyDelete
  2. 1) oit komen kt fb pn memilih gak..keekkekeke...komen jela lain kali..pedulikan dia tu..

    2)stuju..tipikal filem melayu...

    3)tp bkn sume cmtu la..estet ok ape..lepas tu filem2 arwah ape name ntah yg khunsa tu..

    4)smoga bjaya dlm bdg pfileman..hihihi..jgn lupa ambik aq jd crew produksi...ekekeke

    5)dh popular dlm bdg pfileman nanti jgn lupa,aq pnh komen kt sini...
    ekekekeke

    ReplyDelete
  3. kehkeh. kau nak jadi pelakon utama pun bole :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...