Saturday 19 January 2013

episod 114 : KERNA SEPAAAAARUH AKU, UITM...

hari demi hari, hati makin sakit membaca cemuhan orang tentang universiti aku sendiri, Universiti Teknologi MARA, atau nama glamornya, UiTM. taktau apa salah dan dosa UiTM kepada mereka semua. jadi hari ni aku nak jelaskan tentang sedikit isu tentang universiti kesayangan aku.

1. YURAN

ramai orang yang cakap yuran UiTM murah sangat. sebenarnya kita semua sama saja. masing masing dapat subsidi kerajaan dari segi yuran pengajian.  dan yaa, yuran kami memang murah. tapi kena ingat, yuran tu semata mata untuk yuran pengajian sahaja, tak termasuk yuran kolej. kami cuma merasa duduk di kolej untuk semester pertama sahaja. semester yang seterusnya pula bergantung pada nasib. sebab itulah juga ramai student UiTM duduk rumah sewa. berbanding dengan universiti anda anda sekalian, majoriti duduk kolej untuk setiap semester kan? sebab kau orang dah bayar yuran kolej sekali.



2. SENANG SANGAT NAK MASUK.

kalau gagal semua subjek masa SPM pun boleh masuk UiTM ke? Lulz. cakap ikut sedap mulut je. setiap kos ada kriteria masing masing kan? nak ambil medic, pharmacy, engineering, dan sebagainya, result kena power juga. lain lah kalau setakat nak ambil kos kulinari, perhotelan, dan sebagainya, takkan nak kena straight A baru dapat apply kot? dan setiap universiti ada kehebatan masing masing. macam UTM misalnya, kos engineering lah yang paling power dekat situ. kalau setakat ambil kos yang pelik pelik dekat UTM, pangkat kau sama saja dengan budak kos pelik pelik dari UiTM. dan tak kisah lah diorang ambil kos apa pun, masih kena respect juga. mungkin itu memang minat diorang. takkan semua orang nak jadi doktor, nak jadi jurutera. ye dak? . 



3. KAUM

ramai yang cakap UiTM ni teruk, bangang, tak power, sebab semua yang masuk sini orang Melayu. sadly, yang cakap macam tu selalunya Melayu jugak. ini bukan soal racism, sayang. ini soal kasih sayang kau kepada kaum sendiri. sila tengok berapa ramai student Melayu yang ada di universiti anda yang power sangat tu. seciput je aku rasa. yang ramainya, chinese. sebab apa? sebab nak masuk universiti kena pakai sistem merit. saingan banyak, jadi student Melayu ramai yang tak dapat masuk universiti anda yang power sangat tu. mujur ada UiTM. jadinya, masih ada tempat untuk orang Melayu yang punya cita cita tinggi untuk masuk universiti. kenapa anda benci tengok kaum sendiri dapat masuk universiti? anda dah bertukar jadi kaum lain ke macam mana?



4. RANKING

Ohhh again, ranking UiTM teruk. ye lah, orang Melayu kat UiTM mana pandai. semua bangang bangang. orang Melayu dekat universiti kau orang je yang pandai. heh. tolonglah buka minda anda. tak perlu lah berbangga dengan kehebatan universiti anda jika anda bukan lah penyumbang kepada kehebatan tersebut. bila ada tournament, atau apa saja pertandingan yang melibatkan semua universiti, tak nampak sangat pun kelibat student Melayu. ambil contoh mudah untuk kos aku sendiri. bila ada tournament food technologist untuk semua universiti, yang ramai jadi wakil untuk universiti hebat hebat tu cumalah chinese student. jadinya siapa yang pandai dekat universiti kau orang? Melayu mana Melayu?



5. FASILITI

UiTM buruk. kecik. tak power macam universiti kau orang yang berpuluh tingkat, yang luas macam satu daerah, siap ada stadium lah bagai. UiTM tak macam tu. cuma sesetengah kampus saja yang power. ada kampus yang ala kadar saja. tapi cukup selesa untuk sesi pembelajaran. kenapa jadi macam ni? sebab UiTM banyak cawangan. contoh mudah, kerajaan bagi peruntukan untuk setiap universiti, RM 100 juta. UM dapat 100 juta, UKM dapat 100 juta, UiTM pun dapat 100 juta. UM boleh buat macam macam dengan 100 juta tu. tapi UiTM pula kena bahagikan 100 juta tu untuk setiap cawangan. jadi tak banyak pun duit yang boleh diguna untuk majukan setiap kampus. sebab tu kampus kami tak power macam kampus kau orang. hanya cukup untuk tambah fasiliti yang betul betul perlu sahaja.



6. DISIPLIN

student UiTM banyak problem, liar, tak senonoh dan sebagainya. aku rasa hal ni terjadi kat setiap universiti. tipulah universiti kau orang tak ada kes macam ni. dua kali lima je. kena tangkap khalwat lah, apa lah. bergantung pada student tu sendiri lah kan. kalau diri tu dah memang liar, masuk UIA pun masih jadi liar jugak. tak ada bezanya. kalau ada universiti yang bebas dari masalah sebegini, sila bagitau aku. tabik hormat kot.



7. GURAU

dah sedap sedap kutuk universiti orang, lepas tu bile orang dah marah mula lah takut. mulalah cakap yang dia gurau je. kamonlah, tak sporting lah, apa lah. mari kita tengok, lain kali kalau aku update buruk buruk pasal universiti kau, and then bila kau marah marah, aku pun mengakulah yang aku gurau je. april foool! haa apa kau rasa? seronok tak? 



8. KUTUKAN MEMBINA

muak juga dengar orang yang mengutuk kononnya untuk membangunkan kaum sendiri. meh aku bagi contoh mudah. kalau ada basketball team tengah main, ada ke pompom girl diorang kutuk diorang untuk bagi semangat diorang naik? tak ada rasanya.  baik tak payah jadi pompom girl. baik kau duduk diam diam, buat hal kau. kau pun bukannya bagus sangat.





pssssssssst 1 : lepas ni kalau ada yang kutuk lagi, aku malas dah nak baca. muak.
pssssssssst 2 : belajar kat oversea pun tak guna jugak kalau tak reti respect orang lain.


43 comments:

  1. pehhhh..gila kau cakap melayu tak hensem!!

    aku hensem tau..grrrr

    ReplyDelete
  2. ingat uitm tu senang2 gk ke nk masuk..
    klu result xok xguna gk..kn?
    sakit ati je klu org cakap mcm2 psl u kte

    ReplyDelete
  3. Analogi part kutuk membina tak tahan. tak leh terima pompom gurl kutuk team utk semangat. ha3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. itu je contoh paling senang aku boleh fikir.

      Delete
  4. banyak budak U lain jeles yuran uitm murah :O
    nak masuk degree Uitm susah kot kiki.
    intake diploma banyak tak ingat. degree intake ciput gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan? dengar kabor ada certain course buat intake untuk 30 student je

      Delete
  5. aku belajar dekat kolej kerajaan jer.. bersyukurlah yg dpt masuk u tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah pun sebenarnya belajar dekat mana. yang penting niat nak belajar tu betul. kalau belajar kat u bagus2 lepas tu bajet bagus pun Tuhan takkan suka. chewah.

      Delete
  6. aku belajar dekat kolej kerajaan jer.. bersyukurlah yg dpt masuk u tu..

    ReplyDelete
  7. selamat gua usm, kalo tak gua pun tumpang marah :O

    watlek watpis, u mana pun tak menjamin kerjaya yang cambest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. U mana pun sama. yg penting pandai buat keje, baru boleh survive.

      Delete
  8. Betul2...ramai blaja kat oversea tapi bengap nk mampos...setakat nk tunjuk lagak jer...puiii

    ReplyDelete
  9. ala semua u sama ja, semua depends on yourself right? ohmaii blog ni awesome sgtt, leka baca entry2 smpai rasa mcm dah nak khatam semua dah pun :p

    ReplyDelete
  10. belajar kat mana pon sama saja..semuanya dengan niat nak menimba ilmu...

    ReplyDelete
  11. hehehehe
    suka entry nih
    setuju sama kamu :-)

    ReplyDelete
  12. saya baru b'cadang nak masuk uitm and nak ambil course seni kulinari..haha hadoi malang betullah...tapi bukan ke uitm ni tempat org pandai2 ? and kalau baca kat surat khbar uitm dah lahirkan graduan yg berkebolehan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend on courses. nasihat saya, kaji dulu betul2 ttg kos yg kamu minat. misalnya, u mana yg paling hebat dalam course tu. tapi utk kulinari, uitm pun bagus jugak. yuran murah. kalau berkemampuan, masuklah akademi kulinari, takpun ipts. lagi sng nak dpt kerja nnti :)

      Delete
  13. Nak tanya kalau dapat satu gagal dlm subjek akaun, boleh masuk UiTM ke? Saya nak ambik course berkaitan seni.

    ReplyDelete
  14. nak tanya, kalau dpt gagal satu subjek akaun, boleh lepas ke UiTM? saya nak ambil course berkaitan arts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk portal uitm yg berkaitan syarat kemasukan untuk kos arts. sekian maceh.

      Delete
  15. waaa.. suka baca entri ni.. bestul.. jgn dengan ckp2 org lain.. tahu mengata jea.. walhal diri sendiri pun x betull..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Ding dong. Tumpang tanya, separuh jiwa blogger ada lagi tak? hee~

    ReplyDelete
  17. Saya sangat tertarik dengan blog ni. sangat kreatif cara tuan punya blog mempersembahkan karyanya. :)

    ReplyDelete
  18. Klau fail satu subjek but nak amik bisnes boleh ke masuk uitm?

    ReplyDelete
  19. Memang menarik. Tp author blog ni mcm 'lepas geram' or 'perli' kpd sesape yg kutuk 'Universiti kesayangan' dia ni. Come on lar kawan, nobody perfect.

    ReplyDelete
  20. terbaik ah post ni. sy pun bakal mahasiswi uitm sept nii. pedulikan je apa orang nak kata, right

    ReplyDelete
  21. Hidup Melayu !
    Melayu di dadaku....

    ReplyDelete
  22. lama tk dtg blog niihehehe . ltk arh cboxxx :3

    ReplyDelete
  23. Salam, nk tnya, klau yuran pengajian setiap sem kat uitm kene bayar berapa?

    ReplyDelete
  24. Salam, nak tanya, saya tak mintak pinjaman ptptn. Saya nak tahu berapa yuran pengajian setiap sem kat Uitm ea? _student UiTM_

    ReplyDelete
  25. Cayalah..apa pon uitm di hatiku.
    Lantak la nk kata pa pon.
    Kalaw diorg blajar kat mana pon kalaw bodo,bodo jugak.

    ReplyDelete
  26. HIDUP UITM HIDUP MAHASISWA

    ReplyDelete
  27. Akak , mohon pendapat 😂 kalau course kulinari kan better u swasta ke kerajaan?

    ReplyDelete
  28. Berapa yuran pengajian (sampai grad) untuk medic dekat uitm eh ?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum nak kongsi sikit komen..anak buah aunty belajar kat kolej biasa2 jer masa dip sbb result spm ala2..rezeki dia degree dan master sambung uitm..sekarang dah jadi pegawai besar ..tgh sambung buat PHd kat uitm.. so nasihat aunty jangan pandang rendah pada orang..U bagus sekali pon kalau attitude student tak bagus hanya memalukan U sahaja. yang penting belajar rajin2 jangan hampakan mak ayah.. dapat pangkat besar ..gaji besar balas jasa mak ayah..itu yang penting..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum nak kongsi sikit komen..anak buah aunty belajar kat kolej biasa2 jer masa dip sbb result spm ala2..rezeki dia degree dan master sambung uitm..sekarang dah jadi pegawai besar ..tgh sambung buat PHd kat uitm.. so nasihat aunty jangan pandang rendah pada orang..U bagus sekali pon kalau attitude student tak bagus hanya memalukan U sahaja. yang penting belajar rajin2 jangan hampakan mak ayah.. dapat pangkat besar ..gaji besar balas jasa mak ayah..itu yang penting..

    ReplyDelete
  31. saya minat blogger macam ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...