Tuesday, 15 May 2012

episod 105 : SELAMAT HARI CIKGU.

waktu di tahun tiga dulu, aku benci matematik. aku benci tahu, benci? lagi lagi bila cikgu suruh aku buat bahagi. gila susah. aku tak faham konsep bahagi tu rupanya cuma pembalikan kepada darab. 


bila aku tak faham, aku tak akan buat kerja sekolah. bila tak buat, cikgu akan marah. bila cikgu marah, dia akan rotan. bila cikgu yang rotan tu ialah cikgu yang sedang mengandung, maka kuasa tujahan rotan tu akan jadi makin ekstrem. ketidak stabilan emosi beliau gara gara pembawaan budak telah disalurkan sepenuhnya kepada sebatang pembersih habuk bulu ayam. dan di akhir tahun, pembersih habuk tu tidak lagi berbulu. bogel. ini semua salah cikgu azlin (bukan nama sebenar). tak syak lagi.



berakhir sudah kisah di tahun tiga yang penuh dengan kegagalan aku dalam bidang ilmu hisab menghisap. Eh? beralih pula ke kisah aku di tahun empat. tahun di mana aku dipertemukan dengan cikgu Bakar, atau nama manjanya, cikgu Burn. beliau ialah ayah kepada rakan sekelas aku yang merangkap cikgu matematik. setiap hari semua orang perlu menghafal sifir di depan beliau. dan tak lupa, 100 latihan akan diberi sebagai buah tangan sebelum masing masing pulang ke rumah. 




atas cara pembelajaran kuku besi beliau, aku akhirnya berjaya mencapai kejayaan dalam bidang mengira. aku sudah handal mengira duit syiling mahupun duit kertas juga. bahagi, darab, pecahan? alahai senangnya. boleh dikira sambil makan kacang cap tangan. kruk kruk.


jadi sejak itu, aku mula bersemangat nak ke sekolah setiap hari. dan aku mula mempunyai aura sebagai pelajar cemerlang. Ceh. sesungguhnya matematik adalah kunci kepada semua mata pelajaran tahu? dan setiap kali aku bertemu dgn cikgu Azlin dan Cikgu Bakar, aku akan melambai dan menyapa dengan senyuman yang menampakkan gigi. Tanda terima kasih yang disalur dalam bentuk perlian.


namun setiap kali hari guru tiba, aku tidak pernah memberikan hadiah kepada cikgu yang mengajar. mungkin aku tak suka memberi hadiah berbentuk material. atau mungkin juga, aku seorang yang kedekut. tapi ketahuilah wahai cikgu semua, kejayaan yang aku kecapi hari inilah sebenarnya hadiah yang aku ingin hadiahkan untuk cikgu. di mana aku berdiri ini, semuanya atas jasa, peluh, bebelan dan rotan dari cikgu semua. 

Makanya, selamat hari cikgu. Eh. Guru. Ah tak kisahlah ! Peluk cium untuk semua cikgu kacak. Hikhik. 





29 comments:

  1. Nak jadi anon sat, nama anda tidak lah rahsia. Maka saya mengucapkan selamat hari guru juga kepada anda. Mana tahu satu hari nanti bakal mendidik anak-anak yang masih kecil. Siapa tahu. Kan ?

    Selamat hari guru !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tau siapa awak. encik yang susah nak makan ubat. kan?

      Delete
    2. Mana ada saya tinggal kat Damansara. Hikhik

      Delete
  2. Replies
    1. mekaseh. harap takde yg kene kencing manis lepas baca.

      Delete
  3. selamat hari guru jugak..eh?

    ReplyDelete
  4. dulu sy x suka gak matematik..p ats didkan seorg ckgu nie y ajar dgn lmh lembutnyer...maka sy leh score..hehe
    terima ksih ckgu..hehe

    ReplyDelete
  5. eh aku dah komen ke blum ni? =='

    ReplyDelete
  6. perempuan eh milik blog ni ? hihihi :P

    ReplyDelete
  7. bila teringat zaman sekolah dulu..rotan yang bulu ayam tu..sampai pecah2 hujungnya.. garang betul cikgu zaman dulu.. (mungkin ada yang sengaja pecahkan supaya kuasa rotan di atas tapak tangan terurai)

    last sekali cikgu tukar rotan besi bulu plastik warna warni tu..

    *saya suka matematik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. yg besi lagi dasat

      eh saya pun dah suka matematik sekarang ni.

      Delete
  8. Erkkk... hai,saya cikgu kacak nih. cepat2! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. weewit ! nak nombor tepon ! kahkah

      Delete
  9. Nama awak adalah.

    Nurul Adtorayelalehalela...

    betul kan?

    ReplyDelete
  10. Tahukah anda saya suka anda.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. kenapa awk jadi anon di sekolah...nurul anonymous?

    ReplyDelete
  13. ceceyyy.hahaha.sweet gila kau ;p

    ReplyDelete
  14. kahkah,cikgu mengandung mmg emo kan..pembawakan budak betoi!

    apasal peluk cium cikgu kacak ja..euww!

    ReplyDelete
  15. cikgu dulu garang2 tu pasal budak2 semua berdisiplin,
    tapi sekarang cikgu2 dah tak boleh merotan budak,
    kesannya? budak budak banyak kuang ajo sekarang ni grr grr
    haha marah ni -,-

    ReplyDelete
  16. opkos la peluk cium tuk cekgu kacak je kan .. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...