Sunday 11 December 2011

episod 49 : TAK SERUPA CERITA KOREA.

#ini cerita cinta. kalau tak suka boleh cepat cepat tekan butang pangkah di atas sana. terima kasih.


dulu aku naif. naif ya, bukan bodoh. fahamkan betul betul. waktu tahun 6 dulu aku tak tahu pun cinta tu apa. cikgu tak pernah ajar. cikgu cuma pesan suruh belajar betul betul sampai masuk universiti, kerja, lepas tu kahwin. aku angguk kan saja. tak pernah menggeleng. ayah pun selalu bagi warning. kalau ayah tahu aku bercinta dengan sesiapa kat sekolah, ayah aku nak tarik telinga aku depan tapak perhimpunan. cis. ugutan tak menahan =..=

hari demi hari berlalu. ceh apasal ayat aku macam novel ni. kahkah. and sekarang aku dah makin besar. dah boleh kahwin, kata mak aku. dan waktu itu jugalah aku dipertemukan dengan lelaki ini. yaa. lelaki ini bak kata anuar zain. chop. kau lelaki ke anuar zain? bila nak kawin? hahhahahha.

akibat terlalu banyak sangat tengok cerita korea waktu dulu dulu, aku selalu juga berangan yang satu hari nanti semua moment moment indah itu akan terjadi pada aku. tapi malangnya. angan angan aku mmg selalu tak jadi kenyataan. tak pernah sedar pun bila masa aku dah jadi girlpreng seseorang. sebab tak pernah ada ayat propose pun yang aku dengar dari mulut dia. it happened, just like that.


teddy bear , coklat , bunga. itu semua mitos. dalam kisah ni tak ada pun semua tu. tak tahu lah apa yang istimewa untuk dikenang. manis nya cuma datang dari mulut. tak pernah terbukti dengan apa apa yang boleh disentuh dan disimpan.


istilah berkepit 24 jam juga tidak sesuai digunakan dalam kisah ini. ada yang rimas sebab mesej dan panggilan dari yang tersayang masuk tak putus putus. anda seharusnya bersyukur sayang ! sebab aku menunggu 24 jam di sisi telefon tapi satu mesej atau panggilan pun belum tentu aku dapat hari tu.





tiada juga sesi kejar mengejar di lapangan terbang mahupun stesen ktm. rakan rakan aku yang lain siap berhantar berjemput oleh boipreng boipreng mereka. hari lahir pun disambut bersama. rasa cemburu kadang kadang boleh buat muka aku berubah macam hantu. tapi aku cuba tenangkan hati yang sememangnya dah remuk macam kereta proton baru lepas accident. dia jauh. dia sibuk. kau kena faham. tapi boipreng kawan aku pun duduk jauh juga. kenapa dia boleh buat apa yang kau tak boleh buat?




kalau dalam drama korea, hero jadi makin sweet bila heroin sakit. sakit leukimea lah, buta lah, semua heroin mesti nak jatuh sakit punya. jatuh demam pun dijaga bukan main rapi. unit rawatan rapi pun tak serapi itu. hahah. tapi dalam cerita ini, aku sakit bersendirian. nangis bersendirian. dia makin jauh. bukan jauh dari segi jarak lagi. kami jauh dari segala aspek. makanya tiada lelaki yang akan menangis jika satu hari nanti aku pergi. melainkan ayah aku. haha.


dan pengakhiran cerita ini juga pelik. tiada yang curang. tiada yang mempermainkan sesiapa. cuma apa yang aku tahu, kesabaran setiap orang itu ada had nya. macam juga highway, ada had ketinggian. akhirnya kami terputus juga. tiada yang berusaha untuk menyambung. tiada minat juga untuk berkawan. tiada apa apa yang manis untuk dikenang sambil berkumandang apa apa lagu jiwang seperti yang selalu berlaku dalam pengakhiran mana mana cerita korea.

"SAYA TAK PERNAH BERLARI. SAYA BERJALAN DENGAN BEGITU PERLAHAN. TAPI APA YANG PALING MENYEDIHKAN, ANDA TAK PERNAH AMBIL SELANGKAH PUN UNTUK HALANG SAYA PERGI."

psssssst : tak nak dah tengok cerita korea lagi. kbye.





16 comments:

  1. betul tu. tak akan prnah ada lelaki yg romantik cm dlm cter korea an.

    ReplyDelete
  2. sabar yek. sedih plak. bkn tak de lelaki mcm tu mgkn belum msenye :)

    ReplyDelete
  3. bcoz of malaysian boy know. malaysian girls are really strong. :)

    ReplyDelete
  4. @zulhilmi tempoyak whoa. terima kasih dia atas komen yg membina. haha :'D

    ReplyDelete
  5. sakan dgn korea ni!

    *comel je dodol tu hahah

    ReplyDelete
  6. @kura sakan sukun semua bole :P haha. itu dodol banyak coot sebab nak cepat.

    ReplyDelete
  7. saya suka cerita akak, walau pun sedih. apasal cite kita sama ye? haha. tapi saya masih budak sekolah. :D

    ReplyDelete
  8. @Rasyidah aduh dik. belajar rajin rajin. kalau tak nanti cikgu marah. haha. sejak bila aku jadi kaunselor ni :D

    ReplyDelete
  9. adoyai, awat sedih ngat ni...:(

    ReplyDelete
  10. mula-mula gua nk sdey.. tapi gua than.. sbb gua kuat mcm lu !! waa.. *eh? asal aku ni? -_-"

    ReplyDelete
  11. @farz zull sorry. tak sengaja tersedih ):





    @CekbOlat-bOlat eh kita perempuan mmg kuat! haha

    ReplyDelete
  12. memang betul xde laki seperfect citer korea...tp sy percaya masih ada laki yg romantik..cuma dgn cara tersendiri dia..coz i've witness 1 of my senior.. Dgn hnya RM12,dia berjaya membuat candlelight dinner (mushroom soup je la)on the roof top utk besday gf dia..

    ReplyDelete
  13. @LuvOneKnee betol. sebenarnya bukan nilai ringgit yang kita pandang. tapi usaha. usaha untuk buat kita happy walaupun dia tak ada duit mcm org kaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...