aku ada seorang kawan baik. kami sudah berkawan sejak tabika lagi. aku dan dia mempunyai lebih banyak perbezaan berbanding persamaan. dia kadang kala menjengkelkan dan kaya dengan sifat pembuli.
tapi setiap kali dia tiada, aku berasa sangat sangat bosan dan sunyi. mungkin disebabkan aku dah terbiasa dengan muka nakal dia. dan tak lupa, bunyi gelak dia yang berdekah dekah.
dia punya ramai teman wanita disebabkan mukanya yang agak kacak. aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan kacak. bagi aku, dia hanyalah budak hingusan yang sangat manja dengan ibunya. gadis yang selalu keluar dengan nya pula adalah sangat mudah di agak. jenis yang suka memakai skirt dan heels.
kadangkala dia cuba mencarikan aku teman lelaki. tapi semuanya tak menjadi. ada sahaja yang tak kena pada pandangan dia.
suatu malam, dia mengajak aku ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah kami. waktu itu hujan turun renyai renyai. aku pasti dia baru bertengkar dengan mana mana gadis yang keluar bersamanya. selalunya dia memang begitu. tapi yang merisaukan aku, dia kelihatan tidak sihat. dia hampir tiada suara.
jadi aku meminta dia menunggu sebentar. aku berlari ke arah 7 eleven yang terletak agak jauh dari situ. aku mahu belikan dia strepsils. tapi malangnya, aku cuma ada 40 sen. jadi aku belikan gula gula hacks sahaja dan terus berlari balik ke taman tadi. aku hulurkan gula gula hacks pada dia. namun jawapan yang aku terima agak mengecewakan. aku rasa seperti tidak dihargai.
marah dengan sikapnya, aku sumbat semua gula gula hacks yang aku beli tadi ke dalam mulut dan terus beredar dari situ. dia tergamam. sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku menangis tanpa henti. bukan kerana gula gula hacks semata mata. tapi kerana sukakan seseorang yang menganggap aku ini tidak lebih dari seorang kawan baik.
sejak peristiwa itu, kami tidak lagi berhubungan. walaupun kami ada terserempak di sana sini, kami tidak bertegur sapa. aku mahu jauh dari dia. aku sudah ada seseorang. seseorang yang cukup sempurna buat aku. dan mungkin dia juga sudah menemui seseorang. seseorang yang boleh mengubah sifat playboynya.
beberapa tahun kemudian, aku menghadiri reunion sekolah setelah dipaksa oleh beberapa orang kawan. dan seperti yang aku takutkan, dia ada di situ. dia hanya menegur aku ketika majlis hampir tamat. kami berbual tentang bermacam perkara. sehinggalah..
TAMAT :)