Saturday, 19 January 2013

episod 114 : KERNA SEPAAAAARUH AKU, UITM...

hari demi hari, hati makin sakit membaca cemuhan orang tentang universiti aku sendiri, Universiti Teknologi MARA, atau nama glamornya, UiTM. taktau apa salah dan dosa UiTM kepada mereka semua. jadi hari ni aku nak jelaskan tentang sedikit isu tentang universiti kesayangan aku.

1. YURAN

ramai orang yang cakap yuran UiTM murah sangat. sebenarnya kita semua sama saja. masing masing dapat subsidi kerajaan dari segi yuran pengajian.  dan yaa, yuran kami memang murah. tapi kena ingat, yuran tu semata mata untuk yuran pengajian sahaja, tak termasuk yuran kolej. kami cuma merasa duduk di kolej untuk semester pertama sahaja. semester yang seterusnya pula bergantung pada nasib. sebab itulah juga ramai student UiTM duduk rumah sewa. berbanding dengan universiti anda anda sekalian, majoriti duduk kolej untuk setiap semester kan? sebab kau orang dah bayar yuran kolej sekali.



2. SENANG SANGAT NAK MASUK.

kalau gagal semua subjek masa SPM pun boleh masuk UiTM ke? Lulz. cakap ikut sedap mulut je. setiap kos ada kriteria masing masing kan? nak ambil medic, pharmacy, engineering, dan sebagainya, result kena power juga. lain lah kalau setakat nak ambil kos kulinari, perhotelan, dan sebagainya, takkan nak kena straight A baru dapat apply kot? dan setiap universiti ada kehebatan masing masing. macam UTM misalnya, kos engineering lah yang paling power dekat situ. kalau setakat ambil kos yang pelik pelik dekat UTM, pangkat kau sama saja dengan budak kos pelik pelik dari UiTM. dan tak kisah lah diorang ambil kos apa pun, masih kena respect juga. mungkin itu memang minat diorang. takkan semua orang nak jadi doktor, nak jadi jurutera. ye dak? . 



3. KAUM

ramai yang cakap UiTM ni teruk, bangang, tak power, sebab semua yang masuk sini orang Melayu. sadly, yang cakap macam tu selalunya Melayu jugak. ini bukan soal racism, sayang. ini soal kasih sayang kau kepada kaum sendiri. sila tengok berapa ramai student Melayu yang ada di universiti anda yang power sangat tu. seciput je aku rasa. yang ramainya, chinese. sebab apa? sebab nak masuk universiti kena pakai sistem merit. saingan banyak, jadi student Melayu ramai yang tak dapat masuk universiti anda yang power sangat tu. mujur ada UiTM. jadinya, masih ada tempat untuk orang Melayu yang punya cita cita tinggi untuk masuk universiti. kenapa anda benci tengok kaum sendiri dapat masuk universiti? anda dah bertukar jadi kaum lain ke macam mana?



4. RANKING

Ohhh again, ranking UiTM teruk. ye lah, orang Melayu kat UiTM mana pandai. semua bangang bangang. orang Melayu dekat universiti kau orang je yang pandai. heh. tolonglah buka minda anda. tak perlu lah berbangga dengan kehebatan universiti anda jika anda bukan lah penyumbang kepada kehebatan tersebut. bila ada tournament, atau apa saja pertandingan yang melibatkan semua universiti, tak nampak sangat pun kelibat student Melayu. ambil contoh mudah untuk kos aku sendiri. bila ada tournament food technologist untuk semua universiti, yang ramai jadi wakil untuk universiti hebat hebat tu cumalah chinese student. jadinya siapa yang pandai dekat universiti kau orang? Melayu mana Melayu?



5. FASILITI

UiTM buruk. kecik. tak power macam universiti kau orang yang berpuluh tingkat, yang luas macam satu daerah, siap ada stadium lah bagai. UiTM tak macam tu. cuma sesetengah kampus saja yang power. ada kampus yang ala kadar saja. tapi cukup selesa untuk sesi pembelajaran. kenapa jadi macam ni? sebab UiTM banyak cawangan. contoh mudah, kerajaan bagi peruntukan untuk setiap universiti, RM 100 juta. UM dapat 100 juta, UKM dapat 100 juta, UiTM pun dapat 100 juta. UM boleh buat macam macam dengan 100 juta tu. tapi UiTM pula kena bahagikan 100 juta tu untuk setiap cawangan. jadi tak banyak pun duit yang boleh diguna untuk majukan setiap kampus. sebab tu kampus kami tak power macam kampus kau orang. hanya cukup untuk tambah fasiliti yang betul betul perlu sahaja.



6. DISIPLIN

student UiTM banyak problem, liar, tak senonoh dan sebagainya. aku rasa hal ni terjadi kat setiap universiti. tipulah universiti kau orang tak ada kes macam ni. dua kali lima je. kena tangkap khalwat lah, apa lah. bergantung pada student tu sendiri lah kan. kalau diri tu dah memang liar, masuk UIA pun masih jadi liar jugak. tak ada bezanya. kalau ada universiti yang bebas dari masalah sebegini, sila bagitau aku. tabik hormat kot.



7. GURAU

dah sedap sedap kutuk universiti orang, lepas tu bile orang dah marah mula lah takut. mulalah cakap yang dia gurau je. kamonlah, tak sporting lah, apa lah. mari kita tengok, lain kali kalau aku update buruk buruk pasal universiti kau, and then bila kau marah marah, aku pun mengakulah yang aku gurau je. april foool! haa apa kau rasa? seronok tak? 



8. KUTUKAN MEMBINA

muak juga dengar orang yang mengutuk kononnya untuk membangunkan kaum sendiri. meh aku bagi contoh mudah. kalau ada basketball team tengah main, ada ke pompom girl diorang kutuk diorang untuk bagi semangat diorang naik? tak ada rasanya.  baik tak payah jadi pompom girl. baik kau duduk diam diam, buat hal kau. kau pun bukannya bagus sangat.





pssssssssst 1 : lepas ni kalau ada yang kutuk lagi, aku malas dah nak baca. muak.
pssssssssst 2 : belajar kat oversea pun tak guna jugak kalau tak reti respect orang lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...